Wednesday, July 30, 2008

Ya Bunayya, Aqimis solah


يا بني أقم الصلاة

Ya Bunayya , Aqimis solah…

Tatkala abi pergi ke surau untuk menunaikan solat Isya’ berjemaah bersama pelajar, terlihat abi telatah 2 orang pelajar yang masih bercakap-cakap dalam saf. Mereka tidak mendirikan solat lagi walhal Imam sudah bertakbiratul ihram. Dalam benak fikiran abi….budak ni nak kena…..

Bila mereka ternampak abi menaiki anak tangga surau, cepat – cepat mereka mengangkat takbir. Memang mereka tahu kalau abi dah masuk surau sedangkan mereka masih lagi bermain dan bercakap mereka akan kena. So, mereka solatlah untuk mengelakkan diri daripada abi….

Abi senyum je sendirian…takpe…masa ada lagi. Selepas sudah abi solat Isya’ berjemaah semua pelajar bersalaman dengan abi kecuali 2 orang saja (mereka yang bercakap tadi). Cepat-cepat mereka berjalan utk keluar dari surau tapi abi dah tau taktik diorang nak larikan diri. Abi pesan pada kawannya supaya memanggil mereka. Mereka datang kepada abi dengan tersipu kambing. Mereka tahu mereka bersalah.

Abi memulakan tazkirah ringkas abi. Ringkas dan padat. “Kalau nak jumpa Allah janganlah bercakap semasa dalam saf , angkat takbir dan solat “, kata abi.

“ambil penyapu dan sapu surau sekarang”, tegas abi.

2 comments:

data:comment.author/> said...

2 orang pelajar yang masih bercakap-cakap dalam saf. Mereka tidak mendirikan solat lagi walhal Imam sudah bertakbiratul ....

Lagu tu laaaa .. kena lihat kawal tgk sentiasa.......nak buat ibadat pun kena kawal kontrol ..memang sah mereka budak remote kontrol

data:comment.author/> said...

ini dah kira parah ....dalam hal ibadat pun terpaksa diremote kontrol.
apa nak jadi budak zaman la ni

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.