Sunday, August 31, 2008

Lawatan ke rumah anak yatim











Ahad (31 Ogos): Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Islam SM Sains Miri telah mengadakan lawatan ke rumah anak yatim di Kompleks Kebajikan Hamidah, Miri. Seramai 20 orang naqib naqibah dan 12 orang guru menyertai lawatan ini. Turut sama dalam lawatan ini adalah Yayasam Amal unit Miri dan Task Force Miri.

Sebagai pengarah projek dalam lawatan ini abi nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru kerana menjayakan lawatan ini. Kepada YAM juga sekalung penghargaan kerana turut serta dalam aktiviti ini dan memberikan sumbangan kepada anak yatim. Tidak lupa juga kepada Task Force (Ust Roshaideen) yang memberikan pengisian kepada anak yatim dan naqib naqibah. Jazakumullahu khairan kathira....

Salam Ramadhan


Assalamu'alaikum wbth,

Syukur pada Ilahi kerana Dia masih lagi memanjangkan umur kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. semoga kehadiran Ramadhan ini dapat meningkatkan lagi prestasi @ kualiti ibadah kita terhadap Allah swt. Dikesempatan ini abi nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada :

* isteri abi yang tercinta (kalau tak ucap,nanti dia tak masak untuk abi)
* ibu ayah abi yang jauh nun di Tanah Merah - moga amalanmu diterima
* adik abi di Limbang- jagalah puasa, jangan sampai jadi kurus
* sanak saudara di Kelantan- semoga amalan diterima Allah
* sahabat seusrah - teruskan perjuangan memartabatkan agama Allah
* sahabat seperjuangan dalam YAM- teruskan berkhidmat lillah Ta'ala
* sahabat sekerja di SMSM - bekerja kerana Allah & ramadhan bulan amal kebajikan
* anak-anak murid di SMSM
* sahabat ex Al Al Bayt, Jordan - bannga bersahabat dengan kalian semua...
* bloger-bloger & pengunjung yang tak jemu melawat blog abi- jadikan bulan ini sebagai bulan tazkirah di alam maya, kerjakanlah sunat terawih,tambahlah amal-amal sunat ....

Saturday, August 30, 2008

Salam Kemerdekaan ke 51





Alhamdulillah pujidan syukur hanya padaMu. Selepas menunaikan ibadat solat Maghrib berjemaah abi berkesempatan menyampaikan kuliyyah Maghrib bertajuk "Kemerdekaan Dalam Perspektif Islam" untuk pelajar-pelajar dan guru di surau. Apa yang abi sentuh tentang kemerdekaan ialah abi tekankan perasaan bersyukur yang perlu ada bagi setiap warganegara kerana Dia yang mengurniakan nikmat aman dan selamat di bumi Malaysia. Turut dikongsikan ialah sewajibnyalah muslim itu menjauhi anasir-anasir yang jahat apatah lagi yang datangnya daripada barat yang boleh mencemarkan imej Islam itu sendiri.

"Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thursday, August 28, 2008

Milik Siapa ?


Milik siapakah songkok itu ? Abi dah tengok songkok tu hampir 3 minggu berada atas bumbung. Macammana boleh berlaku ? Songkok boleh berjalan ke ?songkok boleh terbang ke ? atau ianya perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ??? Inilah situasi yang berlaku di sekolah abi.

Pada hemat abi ianya adalah angkara pelajar yang suka main-main dengan songkok. Apabila songkok tidak berada di tempatnya yang asal maka ia dimain-mainkan. Mungkin ianya dilambung tinggi dan bertenggeklah songkok tu atas bumbung....Apa nak jadi dengan budak abi ni....songkok yang berada atas kepala pun boleh dimain-mainkan lagi. Orang zaman dulu pantang main atas kepala. Memang tidak beradab kalau main atas kepala. Songkok adalah lambang kebanggaan orang Melayu. Zaman dulu, pemimpin kita pakai songkok. Askar Melayu pun pakai songkok.

Menggilap Kejora


Di tengah kesibukan untuk menyambut hari Kemerdekaan sekolah abi buat satu program khusus untuk pelajar tingkatan 4 yang dinamakan "Menggilap Kejora". Program yang berunsurkan jati diri dan motivasi dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 4 yang diadakan selama 1 hari bertempat di Pustaka Miri. Kali ini abi ditugaskan dibahagian ajk kerohanian. Program berjalan lancar dan berakhir jam 5,00 pm.

Rintihan Qalbu

Ya Allah,
HambaMu ini ingin mengadu padaMu...
Hari ini masaku sibuk dengan urusan kerjayaku...
Kerjaya sebagai guru
Mendidik manusia tanpa penat dan jemu
tapi...
aku bimbang Ya Allah....
anak-anakku tak sempat bermanja denganku....
dua jam sahaja ya Allah
Aku mendengar celoteh dan gelak tawa mereka pada hari ini....

Ya Allah,
KernaMu aku berkhidmat dan bekerja
aku mendidik anak bangsa
supaya menjadi manusia berguna
tapi aku tiada masa ...
mendidik anakku walau sesaat cuma
hinggakan anakku gagap untuk melafaz alif ba ta....

Ya Allah,
aku pinta dariMu
berilah anak-anakku ilmu
disuatu hari yang belum tentu
datangkanlah mereka seorang guru
walaupun bukan diriku....
seorang guru yang tidak jemu-jemu
mencurahkan ilmu
daripada tidak tahu kepada tahu
dapat membezakan permata dan batu......

Wednesday, August 27, 2008

Penyakit kuku dan mulut


Sempat abi bersembang dengan Dr. Khairi yang lepas, katanya sekarang ni, terutama di Sarawak (Miri) penyakit kuku dan mulut mula berleluasa semula. Abi ada terdengar dah ada tadika di Miri ni yang dah ditutup kerana terkena penyakit ni. Nasihat abi kepada ibubapa:

1) bila dah balik kerja, pastikan menukar pakaian kerja sebelum memegang anak. Kalau boleh mandi dulu lebih baik.

2) basuh tangan sebelum memegang anak atau menjamah makanan.

3) kurangkan aktiviti luar anak-anak seperti membawa keluar berjalan-jalan.

4) Kalau nak keluar juga, jangan lupa baca doa minta dijauhkan daripada penyakit merbahaya.

Tuesday, August 26, 2008

Baju Larian Amal



kepada mana-mana pengunjung blog ni yang ingin membeli baju larian amal merdeka (t-shirt tanpa kolar) bolehlah mendapatkannya dengan abi. Tak mahal RM5 je satu. Dibahagian depan baju ada tertera logo Yayasan Amal dan Persatuan Kebajikan Islam Petroleum. Apa kelebihannya ? kelebihannya ...wang anda akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim, balu, ditimpa bencana, program keagamaan dan sebagainya.

Tak mahal baju ni !!!boleh contact abi kinek towk !! maaf yeee,,,ini hanyalah bagi mereka yang tinggal di Miri sahaja. Penghantaran percuma.

Monday, August 25, 2008

Doktor Iman


"Setiap penyakit ada ubatnya". Begitulah indahnya kalam daripada junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Kalau kita sakit gigi, kita akan jumpa doktor gigi. Kalau sakit mata akan jumpa doktor @ pakar mata. Kalau sakit 'tuan' akan jumpa pakar &*%^$....he he he .... Kalau kita tersilap pilih doktor maka akan tersilaplah ubat yang diberi atau kemungkinan ubat itu tak berkesan....

Begitulah juga kalau 'iman' kita yang sakit, doktor manakah yang akan kita pergi jumpa ??? Sudah tentulah kita mesti jumpa doktor iman seperti alim ulama termasuklah ustaz dan ustazah yang arif tentang agama.

Semalam, selepas abi menunaikan solat Isya', abi pergi menemui seorang klien abi (pelajar) yang mana banyak aduan daripada pelajar dan laporan daripada guru kaunseling mengatakan dia tak solat. Lantaran itu, atas rasa tanggungjawab abi sebagai seorang pendidik, abi jumpa pelajar tersebut dan merawatnya mengikut acuan agama (memberi kaunseling).

Apa yang menarik perhatian abi semasa dialog dengan pelajar terbabit bahawa beliau mengatakan ibubapanya solat manakala adik beradiknya "solat tak full". Ibubapanya hanya menegur sahaja tanpa melakukan apa-apa tindakan jika tak solat. Dalam masalah ini abi berpandangan bahawa sewajibnyalah ibubapa memainkan peranan yang amat penting sekali dalam proses pendidikan awal anak tentang solat. Jika anak tak melakukan solat, janganlah takut untuk memberi denda atau hukuman sebagai tanda mendidik. Sabda nabi Muhammad saw yang bermaksud:

"ajarlah anak kamu solat ketika mana umurnya tujuh tahun"

Inilah pendidikan yang diajarkan oleh nabi kita dalam mendidik anak melakukan solat sedari umur 7 tahun lagi. Teringat abi pada masa kecil ayah abi selalu marah abi bila tak solat dan yang paling dia marah bila abi suka tengok tv dan melambatkan solat. Walaupun ayah abi berkelulusan hanya sampai tingkatan 3, tapi ia menitik beratkan masalah solat anak-anak. Abi masih ingat lagi, setiap kali abi berada di rumah (bila balik bermalam dari asrama) dia selalu mengejutkan abi untuk solat subuh.

Beberapa perkara yang abi bincang dengan pelajar terbabit tentang solat:
* hukum solat
* dosa meninggalkan solat
* Kaitan dengan ibubapa jika anak tak solat
* keruntuhan agama
* tiada tempat bergantung
* perbezaan solat dengan tak solat
* niat + azam + tindakan = melaksanakan perintah Allah

Alhamdulillah sesi rawatan berjalan selama 40 minit lebih dan klien berjanji akan melakukan solat dan akan mengajak kawan-kawannya juga supaya solat. Inilah masalah pelajar yang mana 'imannya' sakit tenat. Kejap solat, kejap tak solat. Sebagaimana yang dikatakan oleh Naim Yasin dalam kitabnya "Iman bertambah dan berkurang". Ada beberapa klien lagi yang mana sama penyakitnya akan abi rawat pada masa yang terdekat ini. InsyaAllah Ta'ala.


Sunday, August 24, 2008

Jom ke sekolah semula

sumber: http://aligemuk.fotopages.com

Buat anak didikku,
selamat menjalani alam persekolahan semula....

tatapilah pesan abi ini:
jangan buat nakal masa di sekolah,
jangan sakiti hati guru,
rajin-rajin buat kerja rumah,
kalau tak faham, tanya cikgu,
berkawan baik-baik...

itulah pesan ayah abi suatu ketika dulu sehinggalah abi menjadi orang berguna sehingga kini....masih terngiang-ngiang pesan ayah kepada abi walaupun ianya telah berlalu 20 tahun yang lalu. Di atas motor "Yamaha" model cdi itulah ayah abi mula berpesan. Abi memegang kuat dan erat pinggang ayah sambil telinga abi menadah untuk mendengar nasihat dan taujihat daripada seorang ayah yang hanya berkelulusan darjah enam...setiap kali ayah menghantar abi ke asrama, setiap kali itulah dia mula berpesan perkara yang sama....

Ulangtahun Perkahwinan ke 10



Hari ini 24 Ogos 2008 genaplah perkahwinan kami 10 tahun. Alhamdulillah rumahtangga yang kami bina selama ini bahagia sehingga kini. Diharap kami memperolehi kebahagian di dunia mahupun akhirat. Amin

Tiada anak bukti kekuasaanNya

sumber: http://aligemuk.fotopages.com


Semalam abi pergi ziarah seorang sahabat di Taman Bumiko (Ust. Zaimi & Chikna). Lama tak pergi ziarah rumahnya. Kebetulan masa pergi tu dia buat jamuan untuk kawannya yang baru kahwin. Apalagi tumpang setangan lah untuk makan. Bila lihat keadaan Ust Zaimi dan isterinya yang belum dapat anak, teringat abi pada zaman dulu. Abi pun susah juga untuk dapat. 4 tahun kahwin baru dapat anak. Dan bila Allah dah berikan anak pertama pada abi pada tahun 2001, tak sampai 1 jam anak abi kembali semula mengadap Ilahi selepas dilahirkan. Memang ianya satu cubaan buat abi dan isteri.


Ayat renunngan daripada surah As Syura yang bermaksud:

“ Dialah yang memberikan kamu perempuan, Dialah juga memberikan kamu lelaki. Ataupun memberikan kamu kedua-duanya (lelaki & perempuan), dan Dia juga menjadikan kamu tiada anak, sesungguhnya Dia maha mengetahui dan maha Kuasa”. (50)


Ayat di atas menggambarkan bukti kekuasaan Allah pada makhluknya. Dijelaskan dalam tafsir Al Quran karangan Ibnu Kathir, Al Bughawi ada menyebut contoh Nabi Luth yang dianugerahi anak perempuan sahaja, Nabi Ibrahim dianugerahkan anak lelaki sahaja, Nabi Muhammad saw dianugerahkan kedua-duanya lelaki dan perempuan dan Nabi Yahya dan Isa a.s yang tidak dapat melahirkan zuriat. Inilah empat jenis golongan manusia yang menunjukkan bukti kekuasaan Allah swt.


Pernah abi terbaca dalam buku bahawa sesiapa yang inginkan hajatnya dimakbulkan, selalulah beristighfar kepadaNya. Alhamdulillah abi dan isteri amalkan. Tahun 2001 kami dianugerahkan cahaya mata. Takpelah Dia ambilnya tapi yang penting abi dan ummi tidak termasuk dalam golongan mandul.

Saturday, August 23, 2008

Pembikinan stiker cerita abi


kerja-kerja pembikinan stiker. dah step 2 ni.step 1, fikirlah sendiri. nak tau tanya abi...
haaaa!! dah nak siap dah....cuba teka nak lekat kat mana ???

dah siap pun...abi lekat kat tempat tu...cuba teka kat mana yer???bukan nak ego pasang benda ni...tapi ianya merupakan satu dakwah cyber untuk mengajak orang ramai melakukan kebaikan. Kalau tempah kat kedai lagi cantik,tapi abi buat sendiri je...sebab dah tau caranya. Mun kitak orang rajin molah tok, boleh bisness bah!!!

Friday, August 22, 2008

Inilah hasilnya


Inilah hasilnya selama 1 hari setengah usaha abi dalam menceriakan PASTI AL MUNAWARAH. Itu adalah hasil daripada abi seorang aje. Kalau ianya dibuat hasil daripada gabungan usaha tenaga-tenaga kita semua, abi rasa tentu ianya lebih baik dan menarik lagi. Itupun di saat-saat akhir abi dah pening kepala.Tak dapat nak fokus lagi....rasanya darah dah naik...(penyakit datang kembali) Apa-apa pun ianya masih boleh ditambah lagi. Abi tak sempat nak lukis rama-rama dan gambar budak kecil. Kalau sesiapa yang ada kemahiran dalam melukis tu....silalah tambahkannya. Dinding tu masih kosong lagi.

Thursday, August 21, 2008

Kerja-kerja menceriakan PASTI



Mulai jam 10 pagi sampailah ke petang,,,,,inilah kerja abi. Melukis di dinding PASTI. Kesian tengok rupa PASTI AL MUNAWWARAH yang kurang ceria. So, abi offer diri untuk bantu. Berbekalkan sijil MA dalam lukisan daripada Tadika Kemas awal tahun 80 an dapatlah abi bantu Pasti ni...
Lihatlah hasilnya...tapi belum siap lagi tau!!! Kalau nak tengok yang dah siap,,jom buka blog abi esok hari, nanti abi beri gambarnya,,ok ???

Kepada mereka yang sukarelawan untuk membantu menceriakan Pasti sila lah bantu. Pasti bergerak atas sumbangan daripada sahabat-sahabat yang komitmen sahaja!!Kalau rasa tak mampu untuk beri sumbangan wang, sekurang-kurangnya kita beri sumbangan tenaga. Kalau tak mampu untuk beri sumbangan tenaga, berilah idea atau buah fikiran. Janganlah menjadi orang yang suka 'mengomen' terhadap usaha-usaha dakwah yang dijalankan ....

Sabda Nabi saw yang bermaksud;
" Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang melakukan kebaikan itu "

Konvoi Basikal Merdeka 2008



Konvoi Basikal Merdeka ini telah dikelolakan oleh Institut Perguruan Sarawak, Miri. Setakat maklumat yang abi dapat seramai 20 orang guru pelatih akan berkonvoi basikal menuju ke pekan Bekenu.

Gambar di atas sempat abi rakam ketika abi baru je keluar rumah menuju ke sekolah. Kebetulannya mereka berkumpul di selekoh jalan memasuki ke SM Sains Miri. Apalagi di tunggu...tembak ajaklah dengan sony abi beberapa snap...kebetulan ada dalam kereta.

Macam-macam acara dibuat untuk isi bulan kemerdekaan ini. Ada larian amal, derma darah, konsert amal, forum, konvoi basikal dan macam-macam lagi. Tujuannya adalah untuk membangkitkan semangat patriotik di kalangan generasi baru ini. Tapi sejauh manakah penghayatan kita dengan apa yang dibuat ??? Adakah kita telah merdeka sebenarnya ?? Jawapannya ada pada malam 31 Ogos nanti...Lihatlah anak-anak muda merdeka itu nanti.....

Wednesday, August 20, 2008

Majlis Penghargaan YAM

sebahagian ajk yang terlibat dalam Karnival Amal Merdeka

Hari ini abi menghadiri majlis penghargaan YAM di Surau Kampung Lereng Bukit. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh akhi Azwani dari Petronas.

Tertarik abi dengan tazkirah maghrib yang disampaikan oleh akhi tersebut. Antaranya beliau menyentuh tentang kemerdekaan sebenar dalam Islam. Kemerdekaan dalam perspektif Islam ialah tidak tunduk kepada makhluk dan patuh kepada ajaran Allah swt dengan mengenepikan dan menolak semua anasir -anasir yang boleh menggoncang akidah. Hari ini walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan tahun ke 51, tapi apa yang kita lihat sebaliknya. Anak -anak muda masih lagi dijajah. Mereka meniru apa-apa yang datangnya daripada barat seperti budaya punk, black metal dan sebagainya. Siapakah yang rugi dalam masalah ini???Ya, negara kita yang rugi.Kerana yangbakal menerajui negara sudah rosak. Pepatah cendikiawan ada mengatakan

" kalau kita ingin melihat negara pada masa hadapan, lihatlah pada anak-anak muda sekarang ini".


Taman Awam Miri



Selepas abi pergi ziarah PASTI, abi bawa bebudak tu ke Taman Awam Miri. Wildan & Jazlan ni suka sangat ajak abi pergi taman. Pantang tengok taman minta abi berhenti kereta untuk main di taman. Tempat yang depa suka pergi ialah taman permainan kanak-kanak.Suka sangat depa ni main gelongsor dan panjat. Hari ni abi bawa depa ni jalan-jalan atas jambatan gantung. Nak ajar mereka ni bersifat berani. Jangan jadi penakut. Hidup di dunia masa kini perlu ada sifat berani. Berani melawan nafsu dalam diri, berani kerana benar, berani menentang kejahatan dan sebagainya....

Tuesday, August 19, 2008

Ziarah PASTI Miri

sebahagian daripada penghuni PASTI AL MUNAWWARAH
Adik Lokman AL Hakim dan kawannya
cikgu sedang memberi P & P
sebahagian tenaga pengajar & pelajarnya

Lebih kurang jam 9.30 pagi abi bersama dengan ummi dan 2 hero pergi melawat PASTI Al Munawwarah, bertempat di Taman Hiltop (tidak jauh dari Taman Bumiko), Miri. Antara objektif lawatan adalah untuk memberi suntikan semangat pada Wildan yang mana dah hampir 3 bulan tak mahu pergi sekolah. Pelbagai cara dah abi cuba....tapi hampehhhhh semuanya....Ingatkan bila tiba di PASTI tu, dia nak masuk belajar tapi lain pula ceritanya.Dia asyik dok terperosok di penjuru sudut tengok gelagat orang lain belajar. Muka pun takut-takut...Hai apa yang dah jadi dengan kau anakku....abi masa kecil dulu rajin pergi sekolah.Abi takut pada ayah abi. Garang dia. Bila dia celik mata luas-luas, boleh nyebabkan abi nangis...

Dikongsikan sedikit maklumat mengenai PASTI AL MUNAWWARAH. Mula diwujudkan pada awal Februari tahun ini. Menumpang sebuah rumah milik seorang sahabat seperjuangan yang ingin melihat adanya Tadika Islam di Bumi Miri ini. Hasil kerjasama dengan pelbagai pihak maka wujudlah AL Munawwarah walaupun pada peringkat awalnya jumlah pelajarnya tidak sampai 10 orang. Menggunakan sukatan pelajaran daripada PASTI Pusat. Antara salah satu objektif penubuhannya ialah ingin mewujudkan Taman Asuhan berlandaskan Islam kepada anak-anak Melayu (Islam) di Miri.



Sekadar pengamatan abi semasa di sana, jelas ada perbezaannya antara tadika KEMAS (tempat Wildan belajar) dan PASTI. Bila abi membelek buku-buku kat situ terkejut abi melihat buku komputer. Ianya diajar untuk anak-anak umur 5 tahun. Bila abi bersembang dengan salah seorang tenaga pengajar PASTI, dia memberitahu bahawa sudah ada muridnya yang sudah habis baca buku Iqra' sampa tahap 6 dalam masa umur 6 tahun. Terkesima abi!!

Kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ini dan ingin mencari satu pendidikan secara Islamik untuk anak-anak maka bolehlah memasukkan anak-anak ke PASTI ini. Maaf bukan maksud abi untuk memburukkan KEMAS, ABIM dll tapi datanglah sendiri ke PASTI dan lihatlah !!!


Monday, August 18, 2008

Sepagi layan karenah hero




Seawal jam 8 pagi abi bawa 2 hero abi ke pantai Esplanade. Abi lepaskan mereka main pasir pantai..Bagi depa berdua main sakan!!Habis baju dan rambut depa kena pasir. Mana tidaknya mereka ambil pasir dan lempar ke atas. Nasib baiklah tak masuk mata....Biarlah mereka main hari ini...Dah 2 hari abi tak layan depa ni sebab sibuk dengan konsert Amal. Hari ni dah rasa lega...

Konsert Malam Amal






Karnival Amal Merdeka tiba ke kemuncaknya dengan aktiviti malam konsertnya bersama ust Akhwan Afandi (vokalis + perunding motivasi), Nazri ex Raihan dan kumpulan Devotees. Sungguh tak disangka pada malam itu dengan kunjungan yang begitu ramai sekali daripada orang -orang Miri. Ada tua, muda, kecil dan kanak-kanak....memang meriah sungguh malam itu.. Konsert malam itu turut dihadiri oleh YB Dato' Seri Abang Zohari (Menteri Perumahan) dan alhamdulillah beliau telah mendermakan RM10.000.00 kepada Yayasan Amal Miri. Syukran Dato'. Tahun depan kami jemput Dato' lagi !

Alhamdulillah ....rasa lega bila Karnival Amal Merdeka dah habis dengan jayanya..Terima kasih abi dan semualah yang terlibat secara langsung atau tak langsung....Nak cadangkan pada Akhi Muhtar kita panggil Ust Akil Hayy & Inteam pula tahun depan...InsyaAllah

Sunday, August 17, 2008

Penantian Suatu penyiksaan


Nak dijadikan cerita seorang daripada kumpulan Deevotes ni lambat datang sebab menghadiri majlis kahwin kakaknya. Jadi abi pun tunggulah dia ni kat epot....Nak jadi cerita flight dia delay. Air Asia semua orang dah kenal dia punya perangai.

Sepatutnya dia naik jam 2.00 petang tapi delay ke jam 7.00 malam. Punyalah abi tunggu dia kat epot. Contact dia punya pengurus pasukan dari jam ke jam. Bukan apa takut yg seorang ni tak dapat datang...Alhamdulillah jam 9.15 malam (konsert sedang berlangsung) abi berkejar ke epot ambilnya.... Nama ahli Deevotes yang abi cerita ni ialah Halim.....Salam Ukhuwwah Halim...seronok dapat mengenali anda....

Di mana Kasih Di mana Sayang ???





Pagi ini abi bawa pelajar sekolah menghadiri satu forum yang cukup menyentuh perasaan bertajuk "Di mana kasih di mana sayang"...Forum yang terdiri daripada panel-panel yang berwibawa dan bersemangat seperti Ust Akhawan Afendi, Muhtar Suhaili dan Ust Ramadhan Fitri.

Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Saturday, August 16, 2008

LO Nazrey Ex Raihan & Deevotess



Sabtu (16 Ogos): Jam 5.15 petang abi bersama Ust Abdullah, Syamsul & isteri dan ust Radzi menyambut kedatangan Nazrey ex Raihan, Kumpulan Deevotess dan Ust Ramadhan Fitri di Lapangan Terbang Miri. Rasa kekok pun ada sebab tak pernah jadi LO untuk orang yang macam ni. Nasib baiklah tak kena jadi LO Dato' Siti Nurhaliza :) Walaubagaimanapun abi rasa ianya satu pengalaman manis bersama mereka.

Mereka dijadualkan akan menghiburkan lagu nasyid di Miri ini pada 17 Ogos ini bertempat di Dewan Suarah Miri, jam 8.00 hingga 11.00 malam. Kalau ada sesiapa yang kelapangan masa bolehlah mengunjungi konsert Amal Merdeka ini. Tiket boleh didapati dengan abi ataupun boleh dapatkan depan pintu dewan nanti.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.