Sunday, September 28, 2008

Mengapa Jin Rasuk Gadis Melayu

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina danindia . Di mana
salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

kes histeria disekolah kat BSB......

Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin
itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""

""Aduhai... kekekeekeeee. .."" (lagu Jamal Abdillah)

Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul.....pi buat keja
cepat..

Saturday, September 27, 2008

Salam Jamaie @ Aidilfitri



Selepas rollcall pagi jumaat yg lepas, semua pelajar muslim bersalaman antara satu sama lain.

Friday, September 26, 2008

Ucapan salam Aidilfitri

"kami ingin mengucapkan selamat hari raya kepada guru-guru muslim & pelajar-pelajar muslim. kepada calon PMR selamat menduduki pepeiksaan" daripada Hana, Genevie & Cherish.

"kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin. Kullu 'amin wa antum bikhair" drp Nur Basyirah, Nur Fathiyyah & Nur Fitra.

Ini pulak enam jejaka handsome SM Sains Miri. Ceria nampak. Tapi dalam ceria tu ada seorang jejaka yg abi kesian sebab dia tak dapat beraya kat kampung bersama keluarganya...kesian..kesian....nak tahu??Dia yg pakai baju kuning lah!!Maaf Zahir Batin

Majlis Restu Ilmu




Majlis Restu Ilmu Guru adalah satu majlis yang diadakan khas untuk para pelajar PMR 2008. Mereka akan bersalaman-salaman dengan guru disamping memohon kemaafan jika ada salah silap, terkasar bahasa dan tersinggung d hati.

Turut diserikan dalam majlis itu satu pasukan pelajar tingkatan 4 yang mendendangkan sebuah lagu nasihat untuk mereka.

Sungguh menyayat hati majlis tersebut.

Thursday, September 25, 2008

Majlis Khatam Al Quran & Solat Hajat




Gambar sekitar Majlis Khatam Al Quran yang diadakan semalam.

untuk melihat gambar lagi layari http://abuwijaz.fotopages.com

Bukan kedekut tapi ....

Beberapa hari lepas abi solat zohor di Masjid Jamek Miri. Selepas mengambil wudu' lalu abi terus masuk ke masjid untuk menunaikan solat. Tiba-tiba meluru seorang budak lelaki yang putih mukanya lagi cantik ke arah abi. Abi kira mungkin umurnya sekitar 10-12 tahun.

budak lelaki: assalamu'alaikum bang! mintak duit seringgit.
abi: wa'alaikum mussalam. kamek(aku) sikda duit. tertinggal dalam keta...

Kemudian berlalulah budak lelaki tadi menuju ke tempat seorang lelaki. Abi fikir mungkin itu bapanya. Apa yang abi nak bagitau kat sini ialah bukannya abi kedekut untuk menghulurkan bantuan tapi abi rasakan perlu diajar dan dididik masyarakat hari ini bahawa "umat Islam bukan bukan umat meminta-minta" terutama sekali dalam meminta sedekah. Mereka perlu diajar supaya bekerja dan berusaha untuk mencari rezeki yang halal di muka bumi ini. Tubuh badan yang sihat hasil kurniaan Ilahi mampu untuk melakukan apa-apa pekerjaan. Mustahil di Malaysia ini tiada pekerjaan.

Abi juga fikir kalau abi berikan pada budak lelaki tersebut, maka dia akan melakukan pekerjaan seumpama itu pada orang lain pula. Lama kelamaan akan timbul dalam diri budak itu sifat malas bekerja. Dan tidak mustahil akan wujud pada suatu masa nanti sikap "pau" orang lain.

Sesungguhnya Islam menggesa umatnya supaya bekerja. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

" tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang meminta ".

Firman Allah SWT yang bermaskud:
" Dan bekerjalah kamu semua, maka nescaya Allah dan rasulnya akan melihat amalanmu..."

Tuesday, September 23, 2008

Kemeh di bilik warden

Semalam abi duty di bilik warden. Biasanya ab bawakan 2 hero abi ni untuk temankan abi. sekurang-kurangnya taklah sunyi sangat bilik tu. Nak dijadikan cerita, abi memang penat dan letih pada malamnya. Sebelah petangnya ada kelas Bahasa Arab hingga jam 5.00 pm. Habis kelas, tolong Safari siapkan wording untuk Majlis Khatam hinggalah jam 6 pm. Pastu pergi jengok-jengok bebudak di Kafe Sainsri hinggalah masuk waktu berbuka puasa....


Berbalik kepada cerita abi penat tadi, abi duduk di atas sofa dalam minda separa sedar. Kejap lelap dan kejap terjaga...tiba-tiba si Wildan memanggil nama abi.

Wildan : Abi... bocor (kencing).....
Abi : cepat cabut seluar tu, nanti takdan pulak...
Wildan : abi....basah.......

Ya Allah!! Wildan dah kemeh (kencing) dalam seluar di bilik warden. Habis basah bilik waden. Nasib baiklah dia kemeh kat depan pintu besar tu. Kalau di tempat kerusi dan meja guru,abislah......terus abi heng 360 darjah.

abi : bakpo tak royak awal-awal (kenapa tak cakap awal) ?
abi tinggikan suara abi (marah)
wildan : (diam + muka pucat = takut)
abi: cepat keluar, pergi basuh kecing tu.....

Dia keluar cepat-cepat. Memang dia takut sebab dia tahu dia yang salah.
Maka bertungkus-lumuslah abi menge"mop" bilik warden tu supaya tak bau air kemeh. Kemudian abi terus bawa Wildan balik ke rumah dalam keadaan telanjang bogel menaiki motor. Memang tak pernah dibuat orang. Nasib baiklah waktu malam, takde orang nampak.

** kemeh adalah bahasa Sarawak yang bermaksud kencing.

Bubur Pedas


Di Bulan puasa ni, taksah kalau abi tak makan bubur pedas Sarawak. Biasanya abi makan dalam puasa je. Bubur pedas ni special dan ianya adalah hasil buatan orang Melayu Sarawak. Tak ada kat negeri lain. Ia tak sama dengan bubur nasi ataupun bubur lambuk. Kalau datang kat Sarawak ni, bolehlah pergi cari kat restoran untuk rasa masakan ni.

Bahan-bahan ( untuk makan 5 - 10 orang) )

  • 1 pkt bumbu bubur pedas ( atau mengikut banyaknya bahan)
  • 100 gm udang / ayam / daging
  • * kacang panjang, jagung muda,midin, tauhu kering (fucuk),cendawan cina
  • 5 tangkai pucuk singkel (pucuk buas) - dihiris halus
  • 5 tangkai daun kunyit - dihiris halus
  • 5 biji cili kering (jika mahu pedas)
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk halus
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 - 3 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 3 cawan pati santan
  • garam
  • serbuk perasa
  • * mana-mana bahan ini boleh digunakan mengikut selera dan citarasa masing-masing.
  • - sesuai dijadikan pencicah untuk dimakan bersama masak kemak nangka muda, umbut, sayur keladi dll.
  • - juga sesuai dimakan begitu sahaja.
  • - bahan lain yang boleh digunakan mengikut selera sendiri iaialah seperti sotong, rebung,umbut,nenas,lobak merah,ubi kentang,bunga kantan dll yang sesuai.

Cara-cara

  1. tumiskan bawang.
  2. masukkan samada udang, ayam atau daging dan masak hingga empuk.
  3. masukkan bumbu yang sudah dibancuh dengan air.
  4. biarkan mereneh dan masukkan pula kesemua bahan sayur dan bahan hiris tadi.
  5. masukkan pula pati santan dan biarkan mendidih lebih kurang 10 minit sambil dikacau perlahan.
  6. sesuaikan rasa dan angkat.

Monday, September 22, 2008

Skim Cepat Amal


Kalau dulu kita sering diperkenalkan dengan Skim Cepat Kaya oleh pelbagai pihak dan agensi yang tidak sah. Banyak di antara kita yang telah terpengaruh dan terpedaya dengan tipu helah ini sehinggakan sanggup menggadai tanah. Tapi apakah kita sedar bahawasanya Allah juga mempunyai SKIM seperti ini ?

Skim yang dimaskudkan ialah Skim Cepat Amal yang mana ia diadakan hanya satu malam sahaja di bulan Ramadhan ini iaitulah pada malam lailatul qadar. Malam yang penuh rahmat dan barakah itu akan menemui hamba-hamba Allah yang taat beribadat kepadaNya...Jika hamba itu memperolehi malam tersebut maka ia seolah-olah telah melakukan amal ibadatnya sebanyak 1000 bulan (83 tahun). Inilah satu pemberian daripada Allah kepada hambaNya yang ikhlas beribadat. Memang umat Nabi Muhammad SAW tidak lah panjang seperti umur umat nabi terdahulu. Umat Muhammad SAW akan hidup antara 60-70 tahun sahaja. Jika lebih itu hanyalah SUBSIDI!

Adakah kita mampu beramal sebanyak 83 tahun? Belum tentu...Jadi fikir-fikirkan wahai hamba Allah dengan skim ini...

wallahu'alam

Majlis Iftar



Gambar sekitar Majlis Iftar yang diadakan semalam di rumah salah seorang sahabat....

" Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan maka Allah akan menampumkan dosanya yang lepas ". (Alhadis)

Sunday, September 21, 2008

Akok dan mekbak


kuih bahulu

Bila tiba aje bulan puasa, abi akan teringatkan beberapa kuih tradisional dari kelantan seperti akok, mekbak, lompat tikam dan lain-lain lagi. Kalau berada di Kelantan, kuih muih ini semua tak sah kalau tak beli untuk juadah berbuka puasa.

Semalam abi dijemput menghadiri majlis berbuka di rumah seorang jiran (orang Kelantan). Walaupun ada dua undangan semalam, tapi abi pilih jiran yang terdekat dahulu memandangkan tahun lepas abi sekeluarga tak dapat menyahut jemputannya. Alhamdulillah rezeki murah, kuih idaman seperti mekbak (bahulu sira) ada disediakan. Apalagi yang ditunggu ...itu yang first abi ambil....fuhhhh!!lega rasanya ....

Cuma pada tahun ni, abi frust sebab tak jumpa lagi dengan kuih akok. Tahun lepas ianya ada dijual di Kem Askar Miri tapi kali ini tidak. Takpelah. Nak buat pun memang tak berbaloi sebab penyediaannya yang rumit...Teringat bila balik ke kampung isteri, mesti abi akan beli untuk melepaskan rindu....Kalau beli RM2 memang tak cukup....
Mungkin satu masa nanti di Miri ni, akan ada penguasaha "akok" yang akan melebarkan kuih tradisional Kelantan melepasi laut China Selatan....


akok

Saturday, September 20, 2008

Perjumpaan Ibubapa- Guru & Pelajar PMR & SPM




Sekitar perjumpaan ibubapa dan guru yang diadakan semalam. Di kaca mata abi nampak kesungguhan di hati ibubapa untuk melihat kejayaan anak mereka.

Belajar sungguh-sungguh dik! PMR dah makin hampir....jangan buang masa dan jangan buat hal di sekolah...

Friday, September 19, 2008

Nak citer pun malas

"Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN

belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku


Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam..... Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

Wednesday, September 17, 2008

Selipar Jepun

Suatu hari abi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Kebiasaannya abi pakai selipar jepun supaya senang ambik air sembahyang. Kalau hilang pun tak lah menyesal sangat sebab murah. Selesai sahaja abi solat Jumaat, tiba-tiba abi dapati selipar jepun abi hilang. Memang dah syak ini angkara budak sekolah abi. Mereka selalu letak selipar kat tepi tangga tu...

Terus abi pecut motor mau pintas dan spotcek budak abi yang menaiki bas. Seorang demi seorang abi check apabila mereka turun dari bas. Hasilnya .....abi dah jumpa....ye...tapi budak tu pandai auta abi kononnya itu adalah selipar jepunnya.
abi : selipar siapa awak pakai ni ??
budak : selipar saya lah ustaz.(dengan confiden dia jawab)
abi: berapa saiz selipar awak ?
budak : *&^%$# (terdiam tanda tiada jawapan)
abi: berapa awak beli ?
budak : *&^%$ (terdiam + tersengih)
abi: cuba awak tanggalkan selipar tu ?
Dia tanggalkan selipar tu...
abi: apa maksud "s" di selipar tu?
terdiamnya....seketika...
lama-kelamaan dia mengaku salah dan dia telah mencuri selipar tu di masjid. Sebabnya adalah seliparnya hilang. So, dia hentamlah selipar depan matanya....





Rumah ayah


Gambar di atas adalah rumah ayah abi yang mana telah dibaik pulih buat kali yang keempat. Kalau dulu kami berempat hanya tinggal di rumah kayu (rumah Felda) yang mengandungi 2 bilik sahaja. Ayah cuba juga untuk menjadikan rumah ini satu kediaman yang baik dan selesa didiami oleh kami semua tapi apakan daya kemampuan ayah terbatas kerana ayah hanya menerima gaji yang tidak seberapa setiap bulan dan tidak tetap. Duit hanya cukup untuk menampung perbelanjaan sekolah dan makan minum kami sahaja. Bila ada duit, diubah bahagian dapur sikit. Kalau tak cukup duit, terbengkalailah binaan tu...

Tahun 2007 yang lalu, abi bersepakat dengan adik abi (Zul) untuk membuat pinjaman bagi mengubah suai rumah. Alhamdulillah loan kami lulus dan dapatlah dibina sebuah rumah baru untuk ayah dan ibu abi. Walaupun loan kedua-dua kami belum cukup untuk menampung pembinaan rumah tapi nasib baiklah ayah ada menyimpan wang juga untuk hasrat tersebut. Bulan 8 yang lepas, maka selesailah pembinaan rumah kami.

Itulah salah satu daripada jasa kami buat ayah ibu setelah membesar kami hampir 30 tahun dan menjadikan kami orang berguna. Sekurang-kurangnya kami tak perlu risau lagi apabila hujan datang kerana ayah tak perlu lagi mencari beberapa biji besen untuk menadah air hujan yang masuk melalui atap atau bumbung. Semoga ayah dan ibu dapat hidup selesa .....amin

Monday, September 15, 2008

Asal usul nama MUZAHA

Mungkin di kalangan anda semua belum tau tentang asal usul nama abi (Muzaha). Kalau search dalam internet rasanya tak jumpa nama lain selain daripada nama Muzaha, itulah nama abi aje. Bukan nama orang lain.

Sebenarnya nama abi adalah hasil ilham daripada kedua ibubapa abi. Idea dan ilham pasangan yang bercinta suatu ketika dahulu (cinta selepas perkahwinan). Bapa abi bernama Muhamed manakala ibu abi bernama Zaharah. Maka lahirlah satu nama MUZAHA hasil gabungan nama Muhamed dan Zaharah. Nama panjang abi ialah Muhamed Zaharah yang sebenarnya. Ye lah orang -orang zaman dahulu mengabadikan cinta mereka pada anak. Nasib baiklah nama abi tidak membawa makna-makna yang tidak baik.

Pernah juga abi terfikir kenapalah nama abi macam tu.Macam ayah abi takde nama lain. Memang pelik dan takde orang yang bernama sebegitu. Cuma nama yang biasa orang guna ialah Azhar dan Azahar. Muzaha takde. Mungkin itulah uniknya nama abi. Nabi saw sendiri pun pernah pesan kepada umatnya supaya menamakan nama anak dengan nama yang elok seperti Muhammad dan Abdullah. Tapi abi besyukur kerana nama abi ada mengandungi nama Muhammad juga.

Sepanjang pembacaan semasa bergelar murid suatu tika dulu ada juga nama yang hampir sama dengan abi seperti Muhammad Abu Zahrah (Penulis buku arab yang terkenal dalam bidang sejarah) dan Muzahim/Muzaham (nama tabi' tabi'in/orang soleh -kalau tak silap), Muzani (tabi'/tabi'in) dan yang paling dekat dengan tempat abi ialah MUZANA ( sebuah syarikat yang terkenal di Miri).

Semoga Abi dapat mencipta nama dan memberi manfaat untuk semua tidak kira dengan nama MUZAHA @ Muhamed Zaharah.

Sunday, September 14, 2008

Meriahkan Ramadhan

Alhamdulillah sudah masuk hari ke 15 kita berpuasa. Sedar dan tidak kita telah masuk ke fasa yang ke 2 puasa iaitu "pengampunan dari Allah". Dua hari lepas abi telah diundang untuk ke majlis berbuka puasa di rumah seorang sahabat (Encik Amir) yang tinggal satu taman dengan abi. Barakallahu fikum...

Teringat semasa menyambut Ramadhan di Kelantan. Suasana cukup meriah dengan majlis berbuka puasa yang diadakan di rumah-rumah jiran. Dalam satu minggu tu, mesti ada orang yang buat rumah terbuka untuk majlis berbuka puasa. Pendek kata, Ramadhan dihiasi dengan majlis berbuka puasa. Itulah yang sepatutnya dibuat oleh kita, bukannya menyambutnya dengan membuat kuih raya, membeli baju raya dan menghias rumah.

wallahu'alam.

Sesi perkongsian bersama Syakirul Fakih





Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.
Satu sesi perjumpaan pelajar Muslim tingkatan 5 telah diadakan dengan bekas pelajar SMK(A) Miri (Syakirul Fakih Bin Ishak) di Bilik Santubong, SM Sains Miri. Tujuannya adalah untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan bekas pelajar cemerlang. Sekarang belaiu telah melanjutkan pelajaran di Universiti Qaherah, Mesir dalam bidang perubatan. Antara tips yang dikongsikan:

study group:
- hendaklah memilih seorang leader untuk mengetuai.
- kena buat preparation awal sbl discuss.
- tentukan target untuk dihabiskan semasa discuss.
- elakkan daripada study group terlalu ramai.

latihan berkualiti:
- kuasai yang asas terlebih dahulu.
- latihan ikut topik.
- gunakan latihan mengikut model SPM.

Pesanan beliau kepada putera puteri Islam:
* elakkan stress
* amalkan selalu zikir Al ma'thurat
* Bacalah Al quran
* jadikan guru sebagai sahabat untuk bertanya
* Banyakkan berdoa kepada Allah.
* Minta supaya didoakan oleh ibubapa, guru,orang alim.....

Thursday, September 11, 2008

Tadarus Al quran





Gambar di atas adalah merupakan salah satu program Bulan Ihya' Ramadhan di bawah anjuran Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Islam SM Sains Miri. Mereka akan bertadarus Al quran mengikut kumpulan yang diagihkan dan akan memulakan tadarus mereka selepas prep malam tamat.

Sabda Nabi saw yang bermaksud:
Sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar Al quran dan mengajarkannya kepada orang lain.

Wednesday, September 10, 2008

Ustaz & Ustazah di "Selera Ramadhan"

Tahun lepas abi ada terbaca di Tranungkite.net tentang tulisan yang memberi komentar terhadap ustaz/ustazah yang yang menjadi tetamu undangan masakan di bulan Ramadhan di rancangan "Selera Ramadhan" terbitan TV3. Apa yang diutara oleh penulis berikut yang mana melahirkan rasa tidak setuju dengan gaya/penyampaian oleh ustaz/ustazah kita dalam rancangan masakan tersebut sehingga menggelarkan "ustaz semperit" (tak tau lah abi apa makna semperit tu!) Rasanya itu adalah gelaran yang tak sedap didengar. Katanya lagi, macam takde tempat lain lagi nak berceramah.

Untuk makluman semua, ustaz/ustazah yang dimaksudkan adalah yang terkenal yang terdiri daripada Ustaz Wan Sohor Bani Leman, Ustaz Zawawi, Ustazah Nor Bahiyyah, Dr. HM Tuah dan lain-lain lagi. Di bulan puasa ini pun mereka masih lagi diundang menjadi tetamu dalam rancangan "Selera Ramadhan" yang disiarkan di tv3 jam 1.00 pm dan 5.00 am. Sekadar untuk melahirkan pendapat abi tentang apa yang dibuat oleh ustaz dan ustazah kita.....

Tak bolehkah ustaz/ustazah kita masuk dalam rancangan macam tu? aib kah? jatuh maruah kah? tak boleh kah mereka menyampaikan dakwah dalam bentuk seperti itu ? Kalau dulu artis yang menjadi tetamu undangan...kini ustaz pula...salahkah?

Mereka bukannya sekadar memberitahu cara masakan, bahkan turut diselitkan nasihat-nasihat agama dan pengajaran. Bukan kah itu adalah satu daripada strategi dakwah?

Rasulullah saw menyampaikan dakwah dengan berhikmah sekali. Firman Allah swt yang bermaksud:
Serulah kepada jalan tuhanMu dengan cara berhikmah dan pengajaran yang baik.

Mungkin dengan cara sebegitu, ibu-ibu yang mengikuti rancangan masakan akan secara tidak langsung mendapat nasihat-nasihat agama.

Allah menyuruh hambanya supaya masuk ke dalam Islam secara menyeluruh. Firmannya yang bemaksud:
Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh...

Ini jelas kepada kita dalam keadaan macam mana sekalipun Islam tetap diletakkan di tempat yang teratas sekali waimma kita masuk tandas mesti ada Islam iaitu membaca doa. Apatah lagi kalau dalam masakan pun kita mesti tahu adab-adab masakan, benda yang halal dan haram dan sebagainya.Bagi abi, Ustaz telah menunjukkan contoh yang baik bahawa mereka juga turun ke dapur dan boleh membantu isteri. Tidakkah itu suatu sunnah nabi menolong isteri dan membuat kerja-kerja rumah ?

Fikir-fikirkan...
wallahu'alam ...sekadar pendapat dari abi yang dhoif.

Monday, September 8, 2008

Kenapa malas berterawih ?

Hari ini abi ingin berbicara tentang kehidupan sekeliling kita yang malas untuk menunaikan solat sunat terawih. Kenapa ianya terjadi ? Abi melihat keadaan ini terjadi daripada beberapa sudut:

1) makan terlalu banyak ketika berbuka puasa- apabila kita berbuka puasa dengan mengambil makanan yang terlalu banyak dan melebihi kapasiti yang diperlukan oleh perut kita maka kita akan merasa malas. Punca kepada masalah ini juga ialah datangnya perasaan yang mengantuk akibat makan banyak.

2) Tidak pernah melakukan solat sunat: Kebiasaannya mereka yang malas untuk solat sunat terawih ini adalah dikalangan mereka yang tidak suka melakukan solat-solat sunat yang lain seperti solat sunat qabliah dan ba'diah. Kalau yang itu pun susah untuk didirikan apatah lagi untuk melakukan sebanyak 8 rekaat atau 20 rekaat.

3) Kurangnya kesedaran beragama dalam diri- Hal ini timbul kerana merasakan bulan puasa hanyalah untuk berpuasa di siang hari sahaja, tidak lebih daripada itu. Mereka lebih rasa selesa untuk menonton cerita-cerita di TV Astro sambil berehat menghampar perut yang kekenyangan. Sedangkan di luar sana imam-imam masih lagi mengalunkan bacaan ayat-ayat lazim dalam terawih. Kesian kepada Ramadhan datang menjadi tetamu kepada umat Muhammad saw tetapi tidak dilayan dengan baik. Kecewa Ramadhan dengan layanan yang diberikan oleh umat Muhammad.

Sunday, September 7, 2008

Ramadhan bukan bulan tidur



Alhamdulillah puji dan syukur hanya kepadaMu...

Semalam abi bersama pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh di kem Perfect Score zon Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Abi menyampaikan kuliyyah subuh yang bertajuk Ramadhan bukan bulan tidur...Dikongsikan bersama beberapa isi penting dalam kuliyyah berikut:

- Ramadhan adalah satu pemberian bonus daripada Allah swt kepada umatnya melakukan ibadah.
- Justeru setiap amalan yang dilakukan akan mendapat pahala yang berganda.
- Umat Islam terdahulu amat hebat dengan munculnya bulan yang mulia ini. Buktinya adalah kemenengan di pihak tentera Islam dalam peperangan Badar.
- selain itu, Kemenangan juga berpihak kepada tentera Sultan Muhammad Al Fatih yang membuka kota Constantinople di Turki.
- begitujuga tentera Mesir berjaya merampas semula Sinai dari Israel.
- Islam tidak melarang daripada tidur di siang hari pada bulan puasa tetapi tidur hanya sekejap shj (Qailulah).
- Ada 3 tingkatan puasa (kitab Minhaj Al Qasidin):
1) puasa am(umum) : puasa perut dan kemalauan. Menahan anggota tersebut daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa.
2) puasa khas(khusus): puasa tangan, lidah, kaki dsb...(anggota badan).Menjaganya daripada melakukan perkara yang elok.
3) puasa lebih khusus: Penjagaan hati daripada sifat-sifat yang tercela dan tidak tunduk kepada keduniaan.

abi: nasib baiklah pelajar tak tidur semasa dengar kuliyyah abi sebab tajuknya pun berkaitan tidur...

wallahu'alam.

Saturday, September 6, 2008

Ziarah Rumah "Mek"



6 September- Abi bersama keluarga berkunjung ke rumah bekas pengasuh anak abi. Panggilan yang diberikan oleh anak abi kepadanya ialah "mek" yang bermaksud ibu dalam bahasa Kelantan. Sudah lama mek meninggalkan kami semua. Hampir sebulan lebih mek tidak bersama kita. Atas rasa kerinduan dan semangat ukhuwwah, abi berkunjung ke teratak mek di kampung Bakam.

Sepanjang perjalanan terasa hati seolah berada di kampung sendiri. Manakan tidak kiri dan kanan jalan dihiasi dengan "pokok buah kayu" (pokok buah-buahan). Macam kat Kelantan.Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 15 minit ke teratak tersebut akhirnya sampailah kami.

Senyum lebar mek apabila kami sampai. Kami takde saudara mara kat sini. So, kami jadikan mek sebagai saudara kami atas sebab dia telah lama berkhidmat mengasuh anak kami. Mek tak benarkan kami berbual di rumahnya. Mugkin dia malu dengan rumahnya yang dhaif. Dia tempatkan kami di rumah saudaranya. Perbualan demi perbualan kami berbual selama setengah jam.

Sebelum beredar kami memberikan mek sekapit beras sebagai tanda penghargaan buat mek. Ya! memang itulah tradisi yang abi warisi daripada ayah abi, yang mana dia yang ajarkan abi untuk memberikan apa-apa bantuan kepada saudara mara yang miskin. Selalu abi tengok ayah abi akan belikan beras apabila berkunjung ke rumah saudara mara. Itulah yang dinamakan sebagai memahami perasaan-perasaan dalam Islam.....InsyaAllah kami akan terus bersahabat dengan mek.

Sabda Nabi saw yang bemaksud:
Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.

wallahua'lam.

Friday, September 5, 2008

Jom berzakat

resit pembayaran zakat yg dikeluarkan oleh Tabung Baitul Mal Sarawak

Beberapa hari yang lepas, abi pergi ke Masjid Jamek Miri untuk menunaikan ibadat zakat fitrah. Kebetulan dah masuk waktu asar, terus abi solat dan seterunya membayar zakat fitrah. Untuk makluman, zakat fitrah di Sarawak ini ialah RM 7.50 sen sekepala.

Sejak hari pertama puasa lagi mereka (amil zakat) telah membuka kaunter mereka di masjid-masjid dan di bazar-bazar ramadhan. Syabas kepada Tabung Baitul Mal Sarawak kerana menempatkan mereka di Bazar Ramadhan kerana tempat itupun dikira sebagai strategik juga untuk membayar zakat. Malangnya abi perhatikan tak ramai yang berkunjung ke gerai zakat. Adakah mereka telah berzakat? Atau mereka ini menunggu hari yang paling baik membayar zakat iaitu sebelum menunaikan solat hari raya ? Atau menunggu di pertengahan ramadhan ? atau......

Ulamak telah memberikan panduan kepada kita bahawa zakat boleh dibayar bermula awal Ramadhan sehinggalah 1 syawal (sebelum solat hari raya). Walaubagaimanapun ada pandangan ulamak menyuruh umat Islam supaya bersegera atau meng'awal'kan pembayaran zakat kerana wang tersebut akan diberikan dan diagihkan kepada fakir miskin atau mereka yang berhak sebelum hari raya puasa. Itulah antara salah satu objektif zakat adalah untuk membantu golongan tersebut dan seterusnya menggembirakan mereka pada hari raya. Wang yang diberikan kepada mereka, dapatlah mereka menyambut hari raya dengan perasaan gembira seperti membeli pakaian raya untuk anak-anak dan persiapan raya yang lain.

"fastabiqul khairat.." - maka berlumba-lumbalah untuk kebaikan

Hari Lahir Abu Wildan ke 33

kad ucapan daripada Wildan n Jazlan (ummi yang buat-gambar tu mereka yg pilih)

hadiah daripada "yang tersayang"

5 September adalah merupakan hari lahir abi yang ke 33. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah memberikan abi hidup selama 33 tahun di bumiNya ini. Semoga abi terus istiqamah dalam menjalani ibadah sebagai hamba Allah, pendidik, suami mithali dan khalifah di muka bumi ini.

Beberapa ucapan yang abi terima daripada beberapa orang untuk dikongsikan bersama:
isteri abi:
Selamat Hari Lahir yang ke 33, Moga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, menjadi suami mithali....

Wildan (anak sulong abi):
Seyamat Hayi Jadi Abi....

Jazlan (anak ke 2 abi):
Yamat Ayi Jadi....

Majikan abi (Puan Lily-melalui SMS):
Happy Birthday,semoga ustaz akan senantiasa dirahmati Allah SWT dan terus menjadi insan/anak/suami/ayah/mujahid/pendidik yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin. Be a difference maker. Do your very best n let Allah does the rest.

Sahabat-sahabat warden:
Selamat hari Jadi .....(sambil bersalam-salaman)

Celcom (ini yang abi tak sangka):
Selamat Hari Jadi. Bonus hari Jadi.Nantikan ganjaran 7 hari PERCUMA panggilan/SMS ke nombor 8pax .....bla...bla....bla.....

Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan selamat pada abi. Sungguh bermakna bagi abi semua ucapan itu. Setiap kali abi menerima menerima ucapan tersebut, air mata berlinang dikelopak mata tanda sayu...Semoga kita semua terus bersahabat sehingga ke syurga...

Thursday, September 4, 2008

Iman Terapi

setiap maksiat yang dilakukan, akan melekat titik hitam dalam hati.


Alhamdulillah puji dan syukur hanya untukMu.

Semalam abi telah bertemu dengan seorang 'klien' abi yang mana telah melakukan perkara yang tak elok antara lelaki dan perempuan (berdua-duaan). Moga mereka ini tidak melakukan perkara yang terkutuk. Hasil daripada Iman Terapi dan interaksi dua hala antara klien dan abi ternyata mereka ni baru nak berjinak-jinak dengan 'dunia' itu. Inilah akibatnya ketandusan iman dalam hati. Banyak kali mereka ini mengadakan pertemuan dan akhirnya "kantoi" juga. Sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua....

Janganlah disangka apa-apa tindakan kita itu manusia tak nampak. Walaupun manusia tak nampak tapi Allah Maha Melihat. Percaya lah! suatu hari nanti Allah akan membuka tindakan kita kepada orang ramai. Kalau tak di dunia, di akhirat sudah pasti akan dibuka.

Seperti biasa, abi merawatnya menggunakan pedoman daripada Al quran dan Al hadis yang merupakan nasihat dan tunjuk ajar sesuai dengan strategi dakwah "Al Tabsyir dan At Tanzir" Abi mengaitkan tujuan utama seorang pelajar dan mengingatkan supaya jangan sesekali memalukan ibubapa kita. Kalau memalukan ibubapa, tak mustahil suatu masa nanti "anak" kita pula akan memalukan kita!

Memetik kata-kata seorang penceramah yang dikenali sebagai "Abang Syed" dari PERKEPIS, beliau mengatakan " kalau kita bercinta dengan seseorang dan matlamat kita adalah untuk perkahwinan dalam masa yang terdekat, itu dibolehkan tapi kalau mahu bercinta sedangkan kita masih lagi di alam persekolahan dan jangka masa untuk berkahwin masih lama maka ianya adalah haram " Abi setuju dengan pandangan beliau dan ada kebenarannya. Tak mungkin seorang pelajar itu bercinta kerana ingin berkahwin di alam persekolahan. Itu cinta monyet!!

Oh Bang La dahsyatnya engkau...



Ada lah sepasang suami isteri yang baru kahwin tinggal berjiran ngan bangla gatal..suami tu keja polis,isteri pula suri rumah..Pada malam pertama diorang, si suami dah buat macam2 persediaan untuk “berperang” ngan bini dia.. baru je dia nak peluk isteri dia,handphone dia pulak berbunyi..mula2 tu,dia buat bodo je,tp bila dia tngk nama caller tu bos dia,dia pon menggelabah..kalo bos call mlm2 mesti urgent..nak x nak dia jwb gak call tu..Bos dia suruh lapor diri kat balai skrg sbb ada misi..suami tu punya ler ssh hati sbb nak tnggal kan isteri ngan jiran yang gila gatal tu..fkr punya fikir dia pon ader penyelesaian..dia nak srh bini dia pakai seluar dalam besi.. bini dia mula2 tu x nak,tp bila dah dipjuk2 cair gak..tp,bini dia pakai ttp depan je..selesa ckit kalo nak tido..maka si suami pon pg keja ngan hati yg senang.. masa lalu kat depan rumah bangla tu..dia sempat lagi bersiul2..lps tu siap laung “DEY TAMBI,,DEPAN TARA BUKA..HAHAHAHA”

Bila dah selesai keja,si suami pun cepat2 balik rumah untk settle “HAL” dia ngan bini dia..Snyp2 dia masuk bilik,dia tngk isteri dia tengah nyenyak tido..DIa selak sikit kain bini dia,bkn apa nak check bangla tu ada usik bini dia x..Fuhh..nasib baik masih berkunci..hati si suami gembira bukan kepalang..Dia pun pegi depan rumah bangla tu sambil nyanyi”DEY TAMBI,,DEPAN TARA BUKA.HAHAHAHA”

Bangla yang dengar suami tu nyanyi pun tersenyum riang..dia pun nyanyi sbb nak bls “DEPAN TARA BUKA,BLAKANG HENTAM JUGA..HAHAHAHA”

Terkejut beruk si suami tu dngr apa yg bangla tu ckp..dia pon cepat2 check bini dia..SAH..DEPAN TARA BUKA,BLAKANG HENTAM JUGA!!!!

moral: jangan percayakan orang yang baru dikenali dan buatlah perancangan yang rapi dalam melakukan sesuatu perkara

Wednesday, September 3, 2008

Antara kewajipan dan sunat

Rasa jealous gak di hati melihat kawan-kawan yang lain dapat melakukan amal ibadat terutamanya solat sunat terawih berjemaah di masjid atau surau. Tapi bagi abi, abi kena bertugas menjaga dan mengawasi bebudak di asrama pada waktu malam bermula selepas waktu maghrib hinggalah selesai diorang prep malam (11.00 malam). Itulah tugas dan kewajipan abi yang terpaksa akur dengan pihak sekolah. 2 kali dalam seminggu bertugas.

Ye tak ye jugak....yang wajib mesti diutamakan daripada yang sunat. Solat terawih itu sunat dan tugasan itu wajib dan amanah. Tapi perlu dingatkan kalau ibadat wajib ditinggalkan dan ibadat sunat dibuat itupun dikira berdosa juga. Tapi Kalau dua-dua ditinggalkan .....yang tu abi tak dapat nak nolong korang semua, apatah lagi nabi kita....NERAKA Jahannam lah jawabnya. So, hati-hatilah kawan-kawan semua dengan amalan kita.....


Fathoyif Oh Fathoyif

Mengimbau memori manis di Jordan suatu ketika dulu.....

Bila tibanya bulan Ramadhan, gerai-gerai ramadhan di sekitar pekan Al Mafraq riuh rendah dengan orang ramai. Masing-masing sibuk dengan urusan untuk membeli juadah berbuka. Bukan sahaja di Malaysia yang mana hebat dengan pesta bazar ramadhan, di Jordan juga pun ada bazar ramadhan tapi taklah sehebat Malaysia.

Fathoyif! Fathoyif! Fathoyip! seru salah seorang penjual kuih di gerainya.
Memang gerainya khusus untuk menjual sejenis kuih sahaja, namamya fathoyif (dalam loghat arab Mafraq). Fathoyif adalah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dan diadun dengan beberapa bahan yang lain. Tak tau pulak abi apa benda lagi bahan-bahannya. Tak sempat nak belajar dari Pak Arab. Tapi bentuknya memang bulat, sebesar tapak tapak tangan dan warnanya kuning. Seakan apam di tempat kita cuma bezanya ia kosong, tak diisi dengan kacang ataupun gula. Abi kalau beli benda ni semasa belajar kat Jordan dulu, abi makannya dengan susu ataupun gula je...cicah saja ....kira oklah untuk muqaddimah berbuka....

Itulah situasi kami pada bulan Ramadhan. Gerai-gerai untuk menjual kuih muih amat sedikit sekali berbanding kat Malaysia. Kami takde cara lain untuk berbuka. Buah Tamar @ kurma sahaja rutin harian untuk berbuka. Dimakan 3- 5 biji buah tamar dan terus melahap "nasi" kegemaran kami semua.

Dulang lah tempat pertemuan rasa kasih dan sayang kami hidup bersaudara di sana. Di mana tumpah nasi dan kuahnya di situlah tangan-tangan kami bersatu. Itulah hebatnya ikatan ukhuwwah antara kami di Jordan suatu ketika dahulu....kini semuanya tinggal kenangan....

Tuesday, September 2, 2008

Lot Ramadhan

tangan di atas lebih mulia daripada tangan di bawah.


Thana' dan puji hanya layak untuk Allah swt.

Di bulan yang mulia ini,Allah menggandakan pahala orang yang melakukan kebaikkan dan kebajikan. Justeru ramai di kalangan mu'min berlumba-lumba untuk melakukan kebaikkan.

"Fastabiqul khairat....." (berlumba-lumbalah dalam kebaikkan)

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Islam SM Sains Miri telah membuka satu jenis perniagaan akhirat yang dinamakan "Lot Ramadhan".Lot Ramadhan ini terbuka kepada semua guru dan staf Islam untuk memberi sumbangan makanan kepada para pelajar Islam di asrama kami.Lot Ramadhan ini mengandungi 25 lot = 25 hari puasa,yang mana setiap seorang akan mengambil satu lot (satu hari) dan akan menyumbangkan makanan (kuih muih dsb) ataupun minuman kepada pelajar selepas mereka menunaikan solat terawih. Setakat ini hanya 7 lot sahaja yang telah di isi. Untuk makluman semua bilangan pelajar Islam di asrama sebanyak 324 orang.

Kepada mereka (orang luar) yang membaca blog ini dan ingin menyumbangkan kepada para pelajar boleh berhubung dengan abi. InsyaAllah akan diuruskan. Anda juga boleh memberi sumbangan wang kepada kami dan kami akan tolong anda mendapatkan saham akhirat ini.

sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi abi di talian 0138361203

sabda nabi saw yang bermaksud:
tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

Monday, September 1, 2008

Ceramah oleh PERKEPIS



Sebelum menyambut Ramadhan, beberapa hari yang lepas Badan Naqib Naqibah menjemput "abang Syed" daripada PERKEPIS untuk membuat pengisian yang bertajuk "Tanggungjawab adalah amanah". Turut ditekankan dalam ceramahnya ialah sifat-sifat yang perlu ada pada diri seorang naqib.

Terima kasih abi ucapkan bagi pihak naqib naqibah dan SM Sains Miri atas kesudian menyampaikan ceramah. Barakallahu fikum....

Boleh ke bazar tapi jangan bazir !

Gerai- gerai ramadhan tumbuh bagai cendawan apabila tibanya bulan puasa. Berbagai jenis aneka makanan dan minuman dijual. Ada yang manis dan ada yang pedas. Bagi yang bekerja, inilah tempat yang dikunjungi selepas kerja. Nak masak mungkin rasa letih. so, pilihan akhir ialah Bazar Ramadhan.

Cuma pesan abi buat diri sendiri dan juga yang lain...boleh pergi ke bazar tapi ingat jangan sesekali memBAZIR! Ya lah nak ikutkan hati, bila tengok makanan semua nak dibeli. Bersederhana lah dalam membeli. Bulan Ramadhan ni bukan bulan membeli tapi bulan berjimat cermat. Ekonomi harus mantap dan sekurang-kurangnya ada saving yang banyak bulan ni!Mungkin kalau seorang yang bekerja terpaksa membelanjakan wangnya RM 15 dalam sehari tapi di bulan ini dia akan berjimat perbelanjaannya hampir separuh. Mungkin dia akan membeli untuk juadah berbuka sekitar RM 7-8. Itulah yang dikatakan jimat!


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.