Thursday, December 29, 2011
cari tanah
Petang tadi, selepas menunaikan waktu Asar, abi ronda2 Kg Pak Kancil bersama Ust Khairul Azman dan Fakaluddin untuk melihat tanah lot seluas 1 ekar suku yang hendak dijual.Dgr cerita RM165k. Tapi belum dipecah lot lagi.
Hajat di hati nak mencari tanah untuk dijadikan tapak bagi membina 'baiti jannati' di bumi Setiu. Rasanya inilah perhentian yang terakhir di dunia ni sebelum memasuki alam kubur dan akhirat. Nak buat mahligai indah di Kelate rasanya tak dapat dah sebab susah nak masuk ke sana. So abi rasa inilah saja peluang yang ada sementara umur masih ada.
Kalau nak diceritakan pasal tanah tu, memang harganya dah melambung tinggi. Maklumlah tanah di situ dah maju. Dekat dengan PPD Setiu dan Sekolah Agama Setiu lagi. Kalau dulu memang murah. Sekitarnya tanah tersebut di kelilingi oleh rumah2 batu yang tersergam indah. Dengar cerita daripada penduduk di situ kebanyakkannya adalah guru dan pegawai kerajaan.
So, tunggul dan lihatlah nanti....akan ada ceritanya lagi.
wassalam.
Pasrah
Kalau tak dapat lagi yang ni, nampak gayanya Ummi kena pergi lagilah ke Miri selepas berpantang 3 bulan. Terpaksa mengisi EG Tukar lagi untuk bulan 6 nanti. Walaubagaimanapun hati abi menyatakan seolah-olah ummi akan dapat bertukar. Keyakinan melangkaui 90%. Harap2 betul.
Zaman sekarang ni, ramai orang kata nak masuk Kelantan dan Terengganu jangan haraplah dapat melainkan jika melalui kabel politik. Politik??? Oh tidak...biarlah abi ikut jalan yang betul. Moga Allah permudahkan. Amin.
Monday, December 26, 2011
syukran ya Rabbi
Banyak benda yang kena buat tika isteri tengah bersalin. Tak boleh nak harapkan pada mak 100% walaupun berpantang di rumah mak. Dia pun ada kerjanya juga.
Bermula bangun awal pagi, rebuskan air untuk ummi mandi. Sediakan sarapan untuknya secukupnya. Pastu pergi kedai kopi beli nasi berlauk@nasi kerabu@kuih muih .....buat si anak-anak makan pula.
Take rest kejap. Pastu ambil kain baju baby yang dipakai semalam and then basuhlah... Pastu tengok pula kain baju anak2 dalam basket tu, kalau dah penuh terus campakkan dalam mesin basuh.
Pastu uruskan anak2 supaya mandi lepas mereka sarapan pagi.
Kiranya dalam sepagi hingga tengahari buat kerja tu jer...tiba tengahari dekat zohor baru dapat rest....fuihhhh....penat weh...tak hairan kalau tidur boleh berdengkurrrrrr!!!!
Syukran ya Rabbi kerana memberikan abi masa yang lapang!
Sunday, December 25, 2011
Majlis tahnik
Sebelum mata terlelap nak kabo (bhs Ganu bermaksud bagitau) bhw Jumaat lepas abi dan usrah telah mengadakan majls aqiqah dan tahnik buat anakanda yang baru lahir, Ahmad Azzam Hakimi.
Ayahanda (bapa abi) telah men'sponser'kan 2 ekor biri2 buat cucunya pada kali ini. Cucunya yang terakhir kot! Seramai 60-70 orang hadirin telah hadir. Kebanyakannya adalah jiran tetangga. Majlis berjala dengan lancar dengan menjemput Ustaz Abd Aziz (peneroka felda juga) untuk membuat tahnik kepada AAH. Sebelum tu ustaz tu pun dah buat tahnik kepada 2 orang anak abi (Wildan n Jazlan) suatu ketika dulu.
Sunday, December 18, 2011
persediaan suami tika isteri di bilik bersalin
Doanya adalah doa Nabi Yunus tatkala berada dalam perut ikan yu@paus:
lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (ayat Al Quran ni, boleh rujuk AQ untuk lebih lanjut lagi)
Doa ni elok dibaca oleh isteri tatkala rasa sakit nak bersalin. Ulang doa ini berulang kali. Bagi suami pula bacalah juga doa ini berulang kali semasa sedang menunggu isteri hendak bersalin.Diniatkan supaya Allah mempermudahkan jalan keluar bagi kandungan tersebut.
Selain daripada itu abi ada juga membaca surah Al Fatihah berulang kali. Diselangi dengan doa Nabi Yunus tadi. Maksud Al fatihah itu sendiri pun "pembukaan". Moga2 Allah membuka jalan keluar bagi bayi tersebut.
Alhamdulillah keempat2 orang anak abi doa itulah yang abi baca sebelum mereka lahir ke dunia.Tak pernah abi buatkan kepada ummi air selusuh. Dan bila ditanya ummi tentang waktu nak "nerang", dia berasa tidak lah sukar sangat untuk berbuat demikian!
Walaubagaimanapun ini adalah antara amalan@doa yang abi amalkan dan terpulang kepada pembaca semua nak amalkan atau tidak. Pesan abi carilah doa2 yang warid @ ma'thur daripada Nabi SAW agar kita tak terpesong daripada jalannya.
Friday, December 9, 2011
Jadi ahli baru
Semalam, 8 Dis 2011 (10.45 am), ummi telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Uhhh!bayi lelaki lagi rupanya.Takpelah kami terima dengan syukur ni'mat @ pemberian Allah yang tak terhingga ini. Memang hajat di hati nak menimang bayi girl, tapi semuanya di bawah kudrat dan iradat Allah. Dialah yang Maha Mengetahui lagi! So, kesemua anak abi 4 lelaki! Yup, satu team takraw + satu simpanan dapat dibuat :)
Hajat di hati memang nak menemani ummi bersalin di bilik bersalin. Memang dengar cerita kat hospital Tanah Merah ni doktor izinkan ditemani suami @ keluarga terdekat. Puas abi tunggu di bilik menunggu tu, tapi tak juga dipanggil oleh misi@nurse. Entah bersalin ke tak si ummi ni (bisik hati). Hampir 4 jam abi tunggu, jam 12.15 pm nurse panggil abi untuk azan. Oh, rupanya dah bersalin si ummi. Melepas abi kali ini. Rupa-rupanya nurse kat dalam terlupa nak panggil abi dek kerana terlalu sesak orang yang nakbersalin pd waktu itu.
So, begitulah penghijrahan yang berlaku semalam. Kita yang hidup ni bagaimana nanti? Ya, kita pun akan berhijrah juga iaitulah akan ke alam barzakh dan alam akhirat yang kekal abadi nanti. Dah bersedia untuk mati? Hanya orang yang banyak buat dosa @ maksiat sahaja yang takut mati. Adapun mereka yang sentiasa melakukan amal kebajikan dan ibdat sentiasa rindukan mati dan ingin masuk syurga Allah.
Wallahu a'lam.
Monday, December 5, 2011
Salam Hijrah 1433
a) broadband yg lembab nak mampus menyebabkan abi malas nak berblog
b) situasi kerja @ berlambak ....
c) faktor anak-anak yg menyebabkan hilang idea nak menulis
d) badan terlalu penat dan tiada masa nak buka internet
Walaubagaimanapun, syukran atas ziarah blog abi. Tak nak ziarah pun takpe. Takder sapa-sapa rugi. Itu hanyalah sekadar blog peribadi sahaja.
Sempena Maal Hijrah ni marilah kita sama-sama renungkan tentang apa yang telah kita lakukan pada tahun yang lepas. Banyak sebelah baikkah @ banyak sebelah jahat yang kita lakukan. Kalau banyak yang baik kita lakukan syukur alhamdulillah tapi kalau banyak berat sebelah satu lagi tuuuuuuu...segeralah bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka.
Monday, November 28, 2011
moga ummi n baby ok
Selepas menjalani pemeriksaan baby di klinik kesihatan Kemahang, doktor mengesyorkan agar ummi pergi ke hospital daerah Tanah Merah untuk merujuk pakar. Lewat jam 3 petang abi dan ummi bergegas ke sana.
Tiba waktu Maghrib, doktor masih lagi tidak dapat membuat pemeriksaan ke atas ummi memandangkan ramainya ibu-ibu yang akan bersalin dan pada ketika itu beliau berada di bilik pembedahan. Tiba masanya, doktor mula memeriksa keadaan ummi dan kandungannya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan dalam pemeliharaan Allah.
Tiada pengharapan selain kami mengharapkan daripada Allah agar ummi dan baby di bawah pemeliharaan Allah dan dipermudahkan segala urusan.Amin.
Friday, November 18, 2011
pantang menyerah
17 November- abi berangkat bersama-sama rakan setugas (Ust. Khairul Azman, GPK Kemanusiaan) dan Mohd Fakaluddin Jusoh (kaunselor SM Sains Setiu) untuk pergi ke Putrajaya bagi membuat rayuan isteri. Bermalam sekejap di rumah (Pekan) Ust Khairul bagi menghilangkan penat lelah dan mengcas semula bateri badan yang kian habis.
Jam 7 pagi abi bersama dua rakan yang lain meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Lebih kurang jam 11 pagi tibalah di pejabat/perkarangan KPM. Selepas mendaftar di buka rekod pelawat, terus abi dipanggil oleh salah seorang staf pejabat di situ untuk masuk ke dalam bilik mesyuarat (perbincangan). Terkejut abi apabila melihat pegawai yang mengendalikan kes rayuan itu adalah berbangsa Cina. Mana pergi MELAYU/pegawai jQAF yang lain ???!!! Dah bercuti???huh!macam budak sekolah cuti..
Hampa yang teramat sangat apabila pegawai tadi mengatakan bahawa tiada rayuan buat masa ini. Keputusan sebagaimana dalam internet MUKTAMAD. Walaubagaimanapun, dia mengatakan akan menerima surat rayuan agar tidak mengecewakan orang yang hadir!
Begitulah keadaannya bagi yang nak pergi membuat rayuan. Skema jawapan yang sama keluar dari mulut pegawai/penjawat awam di KPM setiap tahun. Memang rasa sedih sungguh dan sakit hati dengan jawapan yang diberikan.
Wednesday, November 2, 2011
bermula hidup baru
Bermula hidup yang baru bagi abi. Dalam 2 3 hari kepala terasa pusing yang amat sangat. Ingatkan pada mulanya adalah petanda awal demam. Abi mula mengambil Panadol active fast selepas satu hari tak dapat bertahan menahan kesakitan. lega sekejap.
Selang beberapa hari datang lagi peningnya. Semalam, waktu pagi, tanpa melengahkan masa yang ada abi menemui doktor. Doktor mula memeriksa tekanan darah. 190/110 = hypertension **&^%$#@.
Doktor memberikan abi sebiji pil bagi menenangkan darah dan mengembalikan darah ke paras yang normal. Alhamdulillah turun sedikit selepas 15 minit. Doktor mula memberikan tips-tips penjagaan kesihatan khususnya yang berkaitan dengan darah tinggi.
Sebelum beredar daripada pemeriksaan, sempat abi berseloroh dengan doktor. "Doktor, saya ni high blood bukannya apa...tapi disebabkan isteri saya dah lama berjauhan dengan saya". Ketawa doktor dan nurse tanpa berkata apa-apa. (Mungkin mereka mengiyakan juga kata-kata abi) :)
Sunday, October 30, 2011
The leader
Sifat kepimpinan itu harus diterapkan di sekolah dan di rumah lagi. Terpulanglah kepada ibubapa dan guru-guru untuk menaruh kepercayaan dan harapan buat anak-anaknya dan murid-muridnya. Jika di rumah, seharusnya nilai kepimpinan itu diterapkan kepada anak sulong untuk menerajui dan memimpin adik-adiknya yang lain apatah lagi dalam menonjolkan akhlak yang mulia.
Seringkali kita dengar bicara orang-orang tua, si adik akan lakukan apa yang dibuat oleh abangnya. Itulah yang dinamakan sebagai abang guru kepada adik. Kalau si abang berperangai baik maka InsyaAllah adik-adiknya akan mengikuti jejak abang sulongnya.
Tuesday, October 25, 2011
Tagging mentagging
Sekolah baru lah yang paling banyak kerja kena buat. Buat itulah ...buat inilah...semuanya bermula dengan kosong.
Nasib baiklah abi kerja tak berseorangan. Teman partner abi adalah cikgu Rizal Basaruddin. Orang dari Gombak. Rajin kerja si mamat ni. Dia tu adalah guru ICT sekolah.
Tak semudah yang disangka. Nampak senang buat kerja tapi "bapok" susahnya. bukan sekadar spray ikut suka hati saja. Tapi perlu ada SENI dalam spray. Silap spray maka akan kena tempat yang tak sepatutnya dispray. Ataupun akan meleleh cat spray tu pd tulisan. Pendek kata bukan senang!!
Yup!esok pagi sambung spray lagi di pagi raya Deepavali. Warga sekolah semua cuti.Cuma kami jer yg kerja.....
Tak semua orang dapat rasa pengalaman camni. Hanya orang tertentu saja yg dapat rasa.
Saturday, October 22, 2011
Friday, September 30, 2011
Monday, September 26, 2011
Transformasi Pendidikan
Kalau dulu abi secara kontraknya (sampai mati) akan mengajar subjek Bahasa Arab. Tapi sejak berpindah ke sekolah baru ni, abi kena mengajar subjek Geografi tingkatan 1. Terkesima seketika apabila dapat mengetahui kena mengajar subjek tu. Memang takde pengalaman langsung. lagipun inilah antara subjek yang abi tak suka di sekolah dulu.
Nak wat camner....terpaksa akur ngan keputusan pihak sekolah. "aku yang menurut perintah". Sesuatu yang baru bagi abi. Satu cabaran yang harus ditempuhi.
Suka tak suka ke....kena khatam juga dari bab ke bab buku Geo ni. Takut ditanya dan disoal budak. Kan menganga abi dibuatnya kalau disoal bertubi2 dan tak tau nak jawab.
'Ala kulli hal, transformasi ini harus ditempuhi dengan hati terbuka barulah kerja menjadi senang.
Selamat berjuang!
Friday, September 23, 2011
Pengorbanan kah ini?
Seawal jam 430 pagi, abi dah bangun dari tidur. Kemaskan diri abi dan siapkan keperluan ke sekolah. Check susu adik Qan dan memastikan botol susu dah dibasuh. Menyediakan baju2 untuk dipakai oleh adik Qan pada siang harinya dan malamnya. Susu disukat dalam bekas susu untuk menyenangkan mak membuat susu.
Bila dah settle seme sekali tu, barulah dikejutkan Wildan dan Jazlan.Kira2 jam 5.00 pagi. Mandi dan gosok gigi.
Jam 5.30 pagi barulah bertolak ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, budak2 tu memang sambung tido plak. Kira ambil peluang lagilah.
Sebelum masuk sekolah, jam 7 lebih kurang, pekena roti canai dekat sekolah....Nak siapkan makanan pagi untuk diorang memang tak dapat dan abi surender angkat tangan. So terpaksalah mereka ni bersarapan ngan abi di kedai Pok Mat tu (bukan nama sebenar). Kalau dulu, masa ummi diorang ada, akan adalah biasanya meehon ke, roti sandwish ko, biskut ko dll.
Saja nak cerita buat tatapan anak2 di masa hadapan!
Pendaftaran pelajar baru form 1
18 September 2011- seramai 81 orang pelajar dari seluruh negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang mendaftar sebagai pelajar SM Sains Setiu. Mereka ini adalah pelajar-pelajar yang terpilih dan mendapat 5A dalam UPSR yg lalu.
Mereka ini adalah merupakan batch pertama pada tahun ini dan sekaligus merupakan generasi perintis ke arah kegemilangan SAIS pada masa-masa akan datang.
Monday, September 12, 2011
sayangkan anak ceraikan bini
Nampak macam tajuk ada keliru sikit. Tapi ianya perlukan pendatailan. Masalah yang melanda peneroka2 felda biasanya akan menjadi buah mulut orang ramai. Susah untuk dijaga dan akan pecah dimulut jua.
Dikhabarkan seorang peneroka yang dah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai (tak pasti dengan tepat bil. anak-9 @10) berkenan dan tertarik hati dengan seorang janda yang tinggal di felda juga. Kira canti jugalah janda tu. Awal 40 an. Beliau telah mengambil langkah dan keputusan tekad untuk berkahwin dengan janda tersebut. Akhirnya mereka ambil keputusan untuk bernikah di sebuah tempat di Golok, Selatan Thailand.
Hampir sebulan mereka berkahwin, banyak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan anak2 lebih2 lagi isteri tua. Apa yang si anak buat adalah dengan mengugut bapanya. Jika si ayah tak ceraikan 'mak muda' maka mereka tak akan belajar @ tak bersekolah. Apabila mendengar kata2 seakan mahu mogok daripada anak2 maka si ayah pun merasa susah hati. Mungkin bimbang akan tindakan anak2nya suatu hari nanti.
Selepas berfikir panjang, maka si ayah tadi pun melafazkan cerai melalui telefon bimbitnya kepada 'mak muda'. Hancur berkecailah si ayah tadi untuk mendapatkan si janda cantik itu!
Moral cerita:
1) Dalam rumahtangga, perlulah ada perbincangan di kalangan ahli keluarga dalam melakukan sesuatu perkara apatah lagi dalam melibatkan hal2 yang besar seperti beristeri muda.
2) suami harus memikirkan baik buruk terhadap anak-anaknya apabila dia beristeri muda. lebih lagi harus difikirkan dengan masak2 jikalau anak2 masih kecil.
3) Perceraian adalah satu perbuatan yang dimurkai Allah. firstly, kena check dulu apa sebabnya perlu berkahwin 2 3 & 4. Jangan ikutkan hawa nafsu semata2.
Saturday, September 10, 2011
Salam Eid 1432 H
1- Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada pengunjung blog abi dan teman FB sekelian. Semoga satu bulan kita berpuasa, berterawih dan beramal ibadat kepadaNya akan diberikan balasan yang setimpal dengannya. Amin.
2- Dah lama tak berblog. Kiranya puasa blog juga. Maaf kepada pengunjung sekelian. Tahap kemalasan yang melampau bila nak menulis.
3- Beberapa peristiwa penting berlaku dan berlalu dan tak sempat nak masuk n bercerita dalam blog:
i- 24 Ogos 2011 yang lalu adalah hari ulangtahun wedding abi yang ke 11. Jatuh dalam bulan puasa. Uhhh! dah 11 tahun rupanya abi mendirikan rumah tangga. Anak dah 3, bulan 12 ni akan datang lg seorang ahli baru. Harap2 datang puteri pula.Amin.
ii- 5 Sept 2011 adalah hari ulangtahun abi sendiri yang ke 37. Ermmm....dah tua. umur makin meningkat. Uban makin banyak. Dahi makin luas! Urat dah mula kendur!
iii- 10 Sept 2011, Ummi dah mula berangkat ke Miri semula menjalankan tugas sebagai pendidik semula setelah sekian lama cuti tanpa gaji. Harap ummi dapat pindah dan ditempatkan bersama abi pada tahun depan.Amin.
iv- 11 Sept 2011, anak2 abi tinggal bersama nenek dan datuknya di Felda Kemahang. Abi berulang alik dari kemahang ke Setiu. Nak biasakan anak yang kecil terutamanya Furqan untuk tinggal bersama neneknya.Mungkin akan berulang alik selama seminggu dulu.
Thursday, August 18, 2011
final Ramadhan
Tak ramai yang dapat masuk final. Hanya mereka yang bertaqwa kepada Allah sahaja yang berhak mendapat juara. Mengapa ???
Contoh yang paling dekat dengan kita adalah apabila kita mengunjungi masjid2. Para jemaah makin kurang sekarang ini. Baik yang muda mahupun yang tua. Ke manakah mereka ini ??? keletihan akibat minum air tebu yang banyak ? ataupun keletihan kerana melahap nasi beriani dengan begitu enak sekali hingga terlupa nak bersolat terawih. Ataupun santai depan tv sambil menghisap dunhill @ menggulung rokok daun berisikan tembakau darat dari Thailand ???
Pada pusingan terakhir inilah Allah nak uji kita dengan berbagai2 ujian. Bukan sahaja ujian lapar dan dahaga tetapi ujian yang membuatkan kita lupa tentang malam lailatulqadar. Kita akan ghairah dalam nak menyambut Aidilfitri. Macam2 difikirkan bermula daripada kuih raya, ketupat lemang, baju raya dengan beraneka temanya dan lain2 lagi. Belum dikira lagi kek lapis Sarawak yang ditempah di kedai2 berhampiran ataupun orang perseorangan.
Oh Ramadhan,,,,banyak yang mencemarimu....mereka menyambutmu dengan gembira sekali tetapi pemergianmu tidak dihiraukan....
Ya Allah pertemukanlah aku dengan lailatulqadar....amin
Monday, August 15, 2011
tarbiah berterusan...
Tahun ini @ Ramadhan ini, abi dan ummi bertekad untuk mentarbiah anak sulong kami untuk berpuasa. Alhamdulillah hasilnya @ objektif hampir tercapai!
Wildan anak sulong(8 tahun) kami dah dapat membiasakan diri untuk berpuasa. Sebelum itu kami bertubi2 memberinya nasihat @ motivasi pasal puasa. Sebagai persiapan minda dan badan untuk puasa.
Sehingga ke hari ini (hari ke 15) Wildan hanya 3 hari sahaja tidak dapat berpuasa. 2 hari daripadanya memang kami sengaja tak mahu beri dia berpuasa ditakuti dia kekurangan air dalam badan. Masa hari dia tak puasa tu, kami paksa dia minum air banyak2. Satu hari lagi tu, dia tak dapat menahan hausnya lantas berbuka puasa....
Semoga tarbiah kami untuk menghasilkan generasi Al Quran akan tercapai.
Nisfu Ramadhan
Di bulan barakah ini agak keberatan sedikit jari jemari ini untuk memetik a b c pada komputer...oh letihnya dan malasnya. Selepas iftar bersama keluarga, bersiap pula untuk berangkat ke masjid Bandar Permaisuri untuk solat terawih. Jam 945 malam tamat solah dan badan terus direbahkan di atas toto@blanket....begitulah seharian....
Bangun pagi untuk bersahur bersama sang isteri dan anak sulung, Wildan. Kemudiannya menunaikan solat Subuh diikuti dengan tadarrus AlQuran sebelum berangkat ke tempat kerja.
Di tempat kerja pula, memang sudah ditetapkan untuk bergilir-gilir bersama seorang ustaz lagi (Ust. Amran Nassan) untuk menyampaikan pengisian rohani kepada guru-guru dan staf dalam sesi Madrasah Ramadhan.
Jam 1.15 tengahari, bersiap untuk menunaikan solat Zohor bersama kawan-kawan di Surau At Taqwa. Jam 2 petang barulah dapat pulang ke rumah.
Sebelah petangnya, ronda-ronda cari makanan di pasar@pasar Ramadhan ....
" Ya Allah berkatilah kami dan rahmatilah kami di bulan barakah ini"....amin
Sunday, July 31, 2011
1st Ramadhan at Setiu
"Selamat menunaikan ibadat puasa abi ucapkan kepada pengunjung blog cerita abi ini"...
Kali ini abi bersama family diberikan nikmatnya untuk sama2 berpuasa di Bumi Setiu, Terengganu. Malam tadi adalah merupakan solat terawih pertama abi di Masjid Permaisuri, Setiu. Berjemaah bersama2 dengan penduduk kampung di situ. Berimamkan Imam yang hafiz yang diundang khas. Suaranya begitu indah mengalunkan kalamullah sehingga tak terasa abi bacaannya yang panjang sepipi muka surat.
"Ya Allah, tetapkanlah abi untuk melaksanakan perintahMu dan berikanlah kekuatan kpd abi dalam melakukan ibadat puasa di siang hari dan berterawih di malamnya. Amin."
Semoga apa yang dijanjikan oleh junjungan besar nabi kita Muhammad SAW menjadi kenyataan suatu masa nanti. Iaitulah dijanjikan orang yang berpuasa itu 2 nikmat. 1) nikmat ketika berbuka 2) nikmat ketika berjumpa dengan penciptanya
Thursday, July 28, 2011
ahlan wa sahlan ya mudirati
p/s: Moga beliau tak mendatangkan stress kepada abi dan kengkawan yg lain :)
Wednesday, July 20, 2011
tukar jantina
KUALA TERENGGANU, 18 Julai – Hasrat seorang lelaki yang mahu menukar nama dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.
Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas memengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.
Ashraf yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.
Menurut laporan Bernama Online, Ashraf yang berasal dari Kuala Terengganu bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.
Hakim Mohd Yazid berkata keputusan mahkamah menolak permohonan itu juga kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, yang telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa permohonan berkenaan tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.
Katanya walaupun pemohon telah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.
Selain itu, katanya, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Ashraf dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil untuk memberi keterangan.
“Setelah kes ini diperhalusi dan diteliti dari semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan pemohon.
“Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam MyKad dan dalam dokumen pengenalan diri lain pemohon,” katanya.
Monday, July 18, 2011
Family Day
Family Day atau dalam Bahasa Arabnya 'Yaumul Usrah' telah diadakan pada 16 Julai yg lepas di Lata Belatan, Setiu hasil ilham @ idea Ustazah Khatijah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Jah. Idea terhasil untuk menghilangkan rasa tension guru-guru kerana masih bersendirian. Dengan erti kata lain tiada murid lagi.
Walaupun tak ramai guru SAIS tapi cukuplah untuk menghilangkan tension dengan kehadiran anak-anak dan isteri ke sana. Dihiasi dengan membakar ayam, ikan & daging BBQ cukup bermakna buat kami semua.
Alhamdulillah program ini kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.
Wednesday, July 13, 2011
Rindu nak mengajar
Wednesday, July 6, 2011
Boikot Astro
Mata tak dapat nak lelap lagi selepas melihat perlawanan bolasepak Perak-Selangor. Furqan masih dok syok bergurau ngan abi lagi. Mata masih kuat bertahan. Kena layanlah dia....
Dah masuk sebulan abi sekeluarga di Setiu ni. Kekadang tu boring ada mari juga. Buka channel tv1 dan 2 nampak macam tak best jer. Sebelum ni pun kedua2 channel tu dah abi tak layan. Abi layan tv3 jer. Tapi di Setiu ni lain cerita pulak. Channel tv3 tak kuat (tempat yang abi tinggal). Walaupun tapak flat guru dan sekolah berada di atas bukit masih tak dapat juga. Yang anehnya channel tv7 ada plak!
Ramai kawan2 kat sini dah pakai Astro. Abi masih lagi berpegang pada janji untuk memboikot Astro. Selagi anak2 abi masih budak2 takkan abi pasang si Astro kat umah tu. Budak2 tu kalau ada Astro, alamatnya ber'kartun'lah mereka dari pagi hingga ke petang@malam di hujung minggu. So daripada abi dok memekik dan pening kepala ngan mereka lebih baik diboikot saja menatang tu. Lagipun selagi masih nampak channel tv1,tv2 & tv7 rasanya tak ketinggalan lagi abi dengan arus perdana Malaysia. Internet kan ada!
Astro kalau nak dikira dah kira kaya raya. Boleh dikatakan semua orang atau semua rumah pakai astro. Rumah kayu, buruk dan hampir nak roboh pun masih pakai astro. Mana tak kaya astro. Orang miskin pun melanggannya! Mungkin suatu ketika dahulu orang Malaysia tergila2 kan Akademi Fantasial. Itu sebab mereka melanggan takut terlepas nak tengok siapa yang kena reject dan nangis sama2. Alahai.....
So, kalau takde tv tu nampak sangat syadidnya (ortodoks). Biarlah abi berpada dengan yang ada. Sekadar untuk anak2 abi melepaskan zaman kanak2 nya dengan dunia kartun mereka di hujung minggu.
Sori Astro sebab tak jadi 'teman setia anda'.
Tuesday, June 28, 2011
95% selesai
Hopely, rumah ni bakal memberi ketenangan kepada kami sekeluarga. Amin.
Monday, June 20, 2011
Naik rumah baru
Alangkah beruntungnya jika abi seorang guru Kemahiran Hidup. Mesti ada ilmu tentang pemasangan paip ni. Taklah tercungap2 orang kata macam gold fish tu. Tapi takpelah try n error. Tak cuba maka tak tau dan takde pengalaman.
Esok pergi kedai hardware dan cari barang lagi!
Friday, June 17, 2011
Sejarah Setiu
Setiu adalah nama seorang Pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1870an. Ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka . Antara mereka adalah seorang Pahlawan bernama Tok Setiu. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain dari kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II ia itu Sultan Terengganu yang ke-10 ( 1875 - 1881).
Dengan persetujuan Sultan Ahmad II beliau membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut suatu kawasan. Berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu menerima kekalahan. Memandangkan hal yang demikian Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam mengalami kekalahan.
Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanyan sebagai Ketua di kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai. Semasa pimpinan Tok setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai, adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah.
dipetik daripada Wikipedia Bebas
Thursday, June 16, 2011
Lapor diri d Setiu
Ayah dan mak datang sekali untuk melihat view sekolah dari dekat. Selepas melapor terus register untuk masuk ke flat guru.
Ahlan wa sahlan ya Setiu!
Friday, June 3, 2011
Hujan emas di negeri orang....
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Mungkin itulah perumpamaan yang hampir dekat dengan perjalanan hidup abi berkelana sebagai seorang pendidik dan murabbi di negeri Kenyalang. Hampir 11 tahun berkelana di Sarawak, banyak membuahkan nostalgia yang pahit mahupun manis. Yang pahit bila diingati akan jadi manis.....
Terima kasih kepada anak-anak didik dan rakan-rakan seperjuangan kerana menghiasi kamus kehidupan abi di negeri kenyalang ini.
Sunday, May 22, 2011
Majlis wida' PASTI
Tiada kata yang dapat diucapkan melainkan dengan kata terima kasih, jazakumullahu khairan kathira atas pemberian hadiah sebagai kenang-kenangan. Sebagai ajk dalam PASTI, banyak kekurangan daripada abi, abi minta maaf. Hanya insan biasa. Itu saja kudrat yang ada yang diberikan pada PASTI.
Semoga PASTI terus maju kehadapan dalam melahirkan insan soleh yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Thursday, May 19, 2011
Salahkah abi ?
Semasa menulis di whiteboard, sesekali abi menoleh ke belakang,memerhati gelagat murid. Takut ada yang bermain dan sebagainya. Jangkaan abi memang tepat apabila mendapati seorang pelajar S sedang melambung2kan pennya ke atas. Dilambungnya pen itu ke atas dan ditangkapnya semula.
" S, jangan kamu lambungkan pensel itu ke atas, nanti terkena kipas "....tegur abi. Berhenti dia seketika dan terdiam. Abi menyambung kerja untuk menulis di white board. Selepas beberapa ketika, abi terdengar satu bunyi lantunan. Ya memang tepat jangkaan. Pen yang dilambungnya itu telah terkena kipas dan terus tercampak keluar tingkap. Nasib baiklah pen tersebut tidak terkena mata murid-murid yang lain. Alhamdulillah ....dalam hati abi (tiada sesiapa yang cedera)
Terus abi ke tempat pelajar S tadi.
"kan ustaz dah cakap tadi, jangan baling pen ke atas. Cuba tengok apa yang terjadi. Pen dah kena kipas. Nasib baik tak tercucuk mata kawan-kawan kamu" leter abi.
Tangan abi terus menggetel dan mencubit telinganya. Getelan dan cubitan sebagai hukuman. Walaupun abi tahu ada undang-undang pendidikan yang melarang daripada menyentuh murid sesuka hati apatah lagi dalam memberi hukuman. Tak abi hiraukan. SALAHKAH ABI????
Wednesday, May 18, 2011
Kali ini ummi didatangi ahli baru lagi. Dah nak masuk 2 bulan. Hampir setiap hari ummi akan rasa pening, loya dan muntah. Yang paling membimbang abi ialah ummi tak ada selera nak menjamah nasi apatah lagi untuk sesuap sahaja. Setiap apa yang ditelannya, pasti akan keluar semula selepas beberapa minit. Akibatnya ummi keletihan dan terlentang seperti mayat hidup.
Puas abi bertanya kawan2, bagaimana nak mengatasi masalah ini. Tak juga ketemu. Bila pergi ke hospital, dapatlah cuti @ mc 2 hari. Dapatlah berehat kat rumah. Selepas tu sambung kerja semula. Hari ini dah masuk kali ke 3 ummi ke hospital. Hampir semua wajah2 doktor tu dia kenal. Dan lebih tak hairan lagi doktor2 tu dah kenal ummi. Belum kertas kesihatan diberikan padanya, terus ditanya ..."muntah lagi ?"ummi dah mual dengan soalan macam tu. Kali ini abi yang jawab dan selalunya abi yang menemankannya berjumpa doktor. Kali ini doktor menahannya di wad hospital. Entahlah untuk berapa lama....
Cerita pasal rumah tangga tak usah nak cakap lah. Abi macam lipas kudung tercabut ekornya. Semua kerja rumah abi yang buat. Ummi dah pencen awal untuk tahun ni. Bermula dengan masak memasak untuk hero2 tu sampailah kepada kain baju masuk dalam washing machine tu. Semua tu abi yang buat. Rumah dah jadi macam kedai baju bundle dah....tak sempat nak urus dan lipat. Siap basuh longgok sana longgok sini....
Hari2 kena pikir resepi apa pulak nak dimasak hari ni...dulu chef ummi yang selalu tanya abi nak makan apa....ermmmm kali ni kita yg kena tanya dia dan anak2. Takper yang penting tak kebulur anak2 abi dalam rumah tu. Kalau tiba hari sibuk dan lewat pulang, alamatnya nasi cap kedai je lah mudah.
Sebagai pesanan untuk anak2 bahawa adakalanya kita senang dan adakalanya kita akan susah. Semua itu akan mematangkan dan mengajar kita apa erti hidup. Susah payahnya ummi mengandung hanya tuhan saja yang tahu. berbaktilah kepadanya selagi dia masih hidup....
12.56 malam
Saturday, April 30, 2011
Rindu Setiu
Hari2 dirasakan begitu cepat berlalu. Tak sabar rasanya nak tengok keputusan bersurat bahawa abi telah pun diluluskan perpindahan ke Setiu. Walaubagaimanapun secara lisannya, nama abi dah berada di SMS Setiu. Itulah yg diperkatakan oleh PKHem Sainsri.
Kalau dapat insyaAllah pertukaran akan berlaku pada bulan Jun ini. Selepas cuti sekolah nanti kiranya dah mula bertugas di sana.
Dah lama rasanya hidup berperantauan, kini masanya sudah tiba untuk berdekatan dengan ibu dan ayah.
Saturday, April 23, 2011
save RM100-150
Seperti biasa kalau nak hantar Wildan k sekolah abi akan hantarnya menggunakan kereta.Boleh dikatakan selalu dan kerap juga. Tapi kali ini, rasanya nak ubah selera nak hantar Wildan menggunakan motor. Yamaha Ego. Nak cari kelainan sikit. Lagipun cuaca di waktu pagi amat nyaman dan tidak panas.
Abi belikan sut baju utk tahan sejuk kepada Wildan. Senang dipakai pada waktu pagi. Biasanya laju jugalah pecut. Around 70-80 km sejam. Itu kalau naik berdua. kalau seorang bawa motor boleh naik 80-90 km sejam. 100 km jarang2 :) Waktu tengahari je abi guna keter utk ambik Wildan memandangkan cuaca agak panas.
Dengan pakai motor ni, baru abi perasan sikit, dapat save bajet minyak. Dengan motor RM 10 utk 3 hari, tapi kalau kereta RM10 utk 2 hari. Belum tolak duit utk ke sana dan ke sini lagi. Kali ni , perancangan ekonomi mesti rapi, anak 2 orang dah mula bersekolah, tunggu seorang lagi akan tiba masanya. So tak boleh enjoy2 lagi.
Kalau belum ada anak, bolehlah beli itu dan ini. Tapi sekarang, kena berhemah dalam perbelanjaan. Kena ada simpanan utk time kecemasan dan sebagainya.
Monday, April 18, 2011
Edisi bertempur dengan jin
Lama sangat tak update blog ni. Semenjak minggu lepas anak abi yang kecik sekali tu, asyik2 demam. Kejap demam kejap ok..begitulah dalam seminggu.
Tapi hati abi melonjak2 rasa nak menulis, cuma bila nak on laptop jer, ada saja halangan yang mendatang. Belum cerita lagi halangan daripada yg sikecik tu :)
Ok lah hujung minggu abi habiskan dengan membersihkan dan mensetelkan kerja2 rumah yang terbengkalai. Termasuklah pagi sabtu yang lepas pegi tukar timing belt keta Atos yang makin berbunyi dan menyakitkan gegendang telinga ni. Terbang RM110 untuk tukar 2 timing belt tu.
Ahad pula, ada temujanji ngan kawan untuk check isterinya yang sakit2 di bahagian belakang dan kaki serta tangan. First abi rawat dia dengan ruqyah macam ada sesuatu gangguan dalam dirinya. Macam pelik je rasanya. Pesakit kekadang menangis dan ada kalanya hampir ketawa. Abi memberhentikan rawatan dengan amaran akan menazabnya untuk kali yang kedua (next meeting).
Tiba hari ahad, kami bersama 3 yang lain membuat rawatan. "Benda" yang berada dalam tubuh pesakit mula bercakap dan katanya susah nak keluar kerana terikat oleh tuannya (jin sihir). Bermacam-macam kaedah telah kami guna tapi tak juga keluar. Hampir 2 jam lebih kami bertungkus lumus untuk melemahkannya dan menariknya keluar tapi tak dapat juga. Kami pasrah dan berserah pada Allah.
Pesakit diberikan dengan air mandian dan minuman yg diruqyah untuk 3 hari. InsyaAllah benda tu akan lemah dan terus keluar ....
Follow up akan dibuat slp 3 hari nanti untuk check semula samada masih ada atau tidak.
Diharap pembaca budiman semua sama2 berdoa agar urusan ini dipermudahkan Allah Ta'ala.
Wednesday, April 13, 2011
Persembahan Padang MSSM
Monday, April 11, 2011
Cyberlink Power Director
Ia agak mudah untuk dipelajari dan lebih cangih lagi drp movie maker yg adalam dalam Microsoft Office. Anda semua boleh cuba perisian ini kerana ia adalah percuma.
Selamat mencuba!
Saturday, April 9, 2011
latihan untuk MSSM
Saturday, April 2, 2011
Perasmian Environment Online
Bagai kacang lupakan kulit
Rasanya nak menulis dan berkata2 tentang perumpamaan ini. Kebetulan pula baru je bebudak sekolah ambik result SPM.
Waktu nak ambik result tu, jantung bergetar2 n kencang.dup dap dup dap. Tapi bila dah terima result semuanya akan redha dengan ketentuan Ilahi. Yang dapat result bagus akan senyum meleret, yang kurang bagus akan nampak kekecewaan di raut wajahnya.Bak kata pepatah Arab " man jadda wa jada" - sesiapa yang berusaha bersungguh2 dia akan dapat....
Cuma pernah tak kamu (calon SPM) fikir siapakah orang yang menyebabkan anda menjadi orang yang hebat? yang dapat 10 A's @ 11 A's. Abi rasa tentu jawapan kitorang semua adalah GURU @ CIKGU .
So, kalau jawapan anda adalah guru mengapakah tak ramai yang datang untuk ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana telah mengajar dia selama ini??? Apakah kejayaannya itu adalah disebabkan oleh usahanya sendiri ?
Adakah teramat berat untuk melafazkan ucapan terima kasih @ tq @ syukran pada guru. Hanya beberapa patah perkataan jer. Tak banyak pun. Ingatlah yang mengajar anda A B C .....adalah seorang guru. Yang menjadikan anda dapat membaca dengan baik adalah kerana guru. Dapat mengira hingga sifir 12 pun adalah disebabkan guru. So siapa anda tanpa bimbingan daripada guru?
Renung2 kanlah. Kalau anda belum ucapkan terima kasih pada guru anda selama berpuluh2 tahun, maka ucapkanlah walau dengan sms ringkas sekalipun. Abi rasa itulah satu penganugerahan daripada seorang murid kepada gurunya yang tiada nilainya.
Terima kasih cikgu !